Home

Friday 27 January 2012

Tutorial: Ribbon Flowers

Pagi yg complicated. haha. Banyak perasaan yg pelik. Jadi marilah kite menyibukkan diri! Harini PM nak share tutorial untuk buat bunga menggunakan reben (ke riben eh?). Ini pun adelah first try PM. So cam buruk je. Haha. Tape asalkan korang get the idea okayh? Practice make perfect!

Bahan-bahan mentah:

Riben
Pita pengukur (pembaris pun leh)
Benang & Jarum
Gunting


Dah ada semua? Mari mulakan dengan muke semangat ginseng!!

1. Potong 5 keping riben.
* Untuk riben yg lebar, paling sesuai 3.5 inches. Manakala riben cumil, 3.0 inches. (sori tade dalam gambar)



2. Dah siap potong 5 ketul, jahitkan bahagian tengah, mcm yg dalam gambar diatas. Kelima-lima keping buat step yg sama.


3. Penyekkan (haha, ape punye ayat) riben yg dijahit td dan riben tersebut akan berubah wajah seperti diatas. Jahit sembat bersaiz sederhana ikut kreativiti. Saiz rembatan sembatan puan-puan ni akan mempengaruhi kedutan kat bunga tu nanti. Seelok-eloknya jgn besar sgt nnt kang tak berkedut langsung mcm Rozita Che Wan. Eh. ade kene mengena ke..Pang!!


4. Jangan matikan benang dulu, kita sambungkan untuk kelima-lima kelopak tu. So daripada awal terus siap-siap sediakan benang yg panjang. Hasilnya seperti di bawah. (Sila abaikan meja bersepah..hihi)


5. Tarik benang perlahan-lahan sampai anda mendapat kedutan yg paling memuaskan hati. Tengah2 letak button yg cumil. PM kekurangan bahan mentah. Selamber rembat brooch butterfly! Ok dah siap!


****Cadangan hidangan****


Bunga ni jadi besar sebab reben pun besar. Kalau nak wat cam pop-up flowers untuk baju, boleh gune smaller ribbon ye kawan-kawan!

Selamat Mencuba!

2 comments:

Eillafasya said...

comelnya... sy pun nak cuba buatlah..

Nina Fadzlyna said...

mne nk dapat reben saiz besar macam ni ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...