Home

Monday 23 April 2012

Krisis hidup


At the point that I am now 24 years young old, I still hate to move! Dulu masa kat uni pon agak benci sebab setiap sem nak kene tukar bilik/blok so nak kene kemas semua bagai. Selalu bengang cam "woi nape tak bagi je aku duduk bilik yang sama selama2nya". Masa sekolah pon nak kene kemas barang setiap kali cuti hujung tahun. Tapi time tu barang tak banyak sgt. Sekarang ni barang banyak! 
Dah 2 tahun duduk kat rumah @ Bandar Mahkota Cheras ni so byk la khazanah yg perlu diangkut. Sila takpayah berangan nak angkut pakai kereta je. Tetiba rasa menyesal sebab g beli peti ais, drawer dan sebagainya. Bajet nak pindah dari sini bile dah kene kawen. Tapi nan hado tak kawen2 lagi! ngaaa~ 

* the deposit for the new house's killing me!

Sunday 15 April 2012

Tailor oh tailor!

Ok memang majlisnya lambat lg tapi tanak last minute nnt sendiri yang gigit jari padan muka. Apa2 pun yang paling penting adalah BAJU!! Sebab mangada nak jugak baju yang complicated, rasakan la carik tailor yang boleh buat design gitu. Nak buat ngn designer?? Okeh sile tgk dulu akaun bank baru boleh berangan ye. Basically nak buat baju ala2 gini ye tuan-tuan dan puan-puan.

So sebenarnya adalah baju kurung moden cuma ada flowy2 sikit disitu. Dah contact Hariz & team Wedding Services tp mereka dah full sampai March 2013 ok! 2013 ok! pasrah2..Setelah google2 dan tanya2 manusia lain, mereka pun suggest la hantar kat either memane tailor kat PKNS Shah Alam atau Medan Mara. Nampaknya ramai yang ada pengalaman buruk dengan tailor kat Medan Mara. PKNS Shah Alam so far tade orang kutuk di internet tp kan ada terlampau banyak tailor kat situ so tatau nak hantar kat yg mane satu kan. Dan Shah Alam agak jauh. Hee. Google punya google terjumpe lah BAK tailor. Rasanya specialty die baju Melayu tp ada jugak buat tempahan baju perempuan. Lagipun diorang ni kat Jalan TAR je. Lepas keje leh terjah terus kan. Dengan perasaan kurang penyabar, esoknya terus g carik dan senang pun nak jumpa. Dari Jakel Jalan Bonus tu straight je TARAAAA! Sebab tak bawak gambar diatas, gigih la melukis2 kat depan staff die tu. Seb bek paham ape PM nak. Harga pun dah quote dan harga tu reasonable. Hopefully menjadi la baju tu nanti! 

Saturday 14 April 2012

Majlis Tayangan Filem : Berani Punya Budak

Pada Khamis lepas (12 April 2012) PM telah menyemakkan diri ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media filem Berani Punya Budak dekat e@Curve. Kredit kepada Bro Framestone atas 2 tiket tersebut. Sebagai manusia paling punctual di dunia PM dan Azizi Kakiwayang.com sampai sharp pukul 7pm! Apekejadahnye tayangan pukul 9.30 okeh! Siap tiket takleh nak amek lg sebab tak ready. Ok pasrah jela. Lantas menapak ke IKEA makan meatball lagi berbaloi2. Nom nom nom..
Dah habis makan berangan la seketika kat kabinet dapur IKEA tu kan pastu baru la menapak semula ke Cathay Cineplex. Katanya tayangan ni dihadiri lebih kurang 100 Bloggers. Tapi tak semua la PM recognize since I don't have the whole day to browse and read blogs. Tahu tak camane nak tahu orang tu blogger ke ape? Hahaha. Selalunya mesti gantung DSLR kat leher, pastu amek gambar food, amek gambar sume mende, termasuk air teh tarik yang caterer hidangkan tu, pastu kene stylo mylo sikit. Wahhh kerlass gitu. Well mestilah kene amek gambar bebanyak so menarik la sikit  banyak post diorang tu nnt.

Ok berbalik pada filem BPB ni, rasanya sinopsis tak perlu nak copy paste sebab byk je blog lain yg dah buat kan (cakap jela malas nak google). Filem ni best memang lain dari yg lain. Macamane korang enjoy tgk Maharaja Lawak Mega tu, camtu la tahap lawak dia. Korang akan gelak terbahak2 on certain scenes. bila dah last2 tu pulak banyak scene tumbuk-menumbuk dan sepak-menyepak. Masa scene ni mengantuk yg tak boleh blah mmg terlelap 10 minit gak kot. Tapi bukan salah filem ni, tp salah diri sendiri yg tak suke scene begitu. Bintang-bintang angkasa bagi 3.5/5. Review penuh nantikan di Kakiwayang.com. Kami akan up review pada hari tayangan atau sehari sebelum..Cek cek cekidaut!


p/s: tak sabar nak tunggu Papadom 2 yaww!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...