Home

Friday 27 January 2012

Tutorial: Ribbon Flowers

Pagi yg complicated. haha. Banyak perasaan yg pelik. Jadi marilah kite menyibukkan diri! Harini PM nak share tutorial untuk buat bunga menggunakan reben (ke riben eh?). Ini pun adelah first try PM. So cam buruk je. Haha. Tape asalkan korang get the idea okayh? Practice make perfect!

Bahan-bahan mentah:

Riben
Pita pengukur (pembaris pun leh)
Benang & Jarum
Gunting


Dah ada semua? Mari mulakan dengan muke semangat ginseng!!

1. Potong 5 keping riben.
* Untuk riben yg lebar, paling sesuai 3.5 inches. Manakala riben cumil, 3.0 inches. (sori tade dalam gambar)



2. Dah siap potong 5 ketul, jahitkan bahagian tengah, mcm yg dalam gambar diatas. Kelima-lima keping buat step yg sama.


3. Penyekkan (haha, ape punye ayat) riben yg dijahit td dan riben tersebut akan berubah wajah seperti diatas. Jahit sembat bersaiz sederhana ikut kreativiti. Saiz rembatan sembatan puan-puan ni akan mempengaruhi kedutan kat bunga tu nanti. Seelok-eloknya jgn besar sgt nnt kang tak berkedut langsung mcm Rozita Che Wan. Eh. ade kene mengena ke..Pang!!


4. Jangan matikan benang dulu, kita sambungkan untuk kelima-lima kelopak tu. So daripada awal terus siap-siap sediakan benang yg panjang. Hasilnya seperti di bawah. (Sila abaikan meja bersepah..hihi)


5. Tarik benang perlahan-lahan sampai anda mendapat kedutan yg paling memuaskan hati. Tengah2 letak button yg cumil. PM kekurangan bahan mentah. Selamber rembat brooch butterfly! Ok dah siap!


****Cadangan hidangan****


Bunga ni jadi besar sebab reben pun besar. Kalau nak wat cam pop-up flowers untuk baju, boleh gune smaller ribbon ye kawan-kawan!

Selamat Mencuba!

Thursday 26 January 2012

Patchy-patchy heyy (bajet Hindustan)


Alamak rasanya dah perap lama gile lace n chiffon ni. Kalau ikan dah siap jadi pekasam dah kot. Hehe. Ini pon paksa diri jahit pearl and beads dulu sikit2. Tapi senanye sebab tade mende nak wat malam ni. Kate bulan ni gaji dapat half je kan. Mari berbelanja secara berhemah. Sila duk umah diam-diam. Anyway projek tergendala (alasan) sebab tak berjaya lagi carik tempat yg leh jahit tepi  warna. Jalan2 kat Jln TAR ade makcik tailor tu kate ade satu kedai kat Medan Mara yg boleh buat. Tapi skang ni maybe kedai tu still cuti CNY. Nanti minggu depan nak terjah kedai tu. Ade sesiapa lg tahu tempat-tempat lain?

Tuesday 24 January 2012

Simple yang amat


Simple sangat sangat. Kurung + Batik Terengganu. 
Seharusnya baju ni langsung tak memeningkan kepala. Hohoh.
Tapi sebagai kepochi, PM yg pening kepala sebab rasenya simple sangat. Eh, yg ko sibuk nape? Wedding dorang nye pun..hahaha..lari!

Saturday 21 January 2012

Kos kasar majlis kahwin yg memang "kasar" betul..^_^

Kahwin..kahwin..kahwin..
Duit..Duit..Duit..
Realiti zaman sekarang ni. Wedding nak semangat ginseng. Kalau tak buat majlis ade pulak masyarakat yg mengata. Kedekut la kahwin hanya sekali la takpe sesekali berbelanja la bla bla bla.. Cakap-cakap yang standard. Kalau mampu tu memang takpe tapi kalau tak mampu dan sampai berhutang memang tak relevan langsung. Cuba kita renung2kan list dibawah ini. Cek cek cekidaut. Ini untuk sebelah pihak sahaja terima kasih.



1. Catering

Seharusnya ini yg paling penting. Soalan kiasan yg standard pun adelah "Bile nak makan nasik minyak?". Ahah. Ada tuan-tuan dan puan-puan nampak perkataan makan disitu? Pelamin cantik baju cantik tapi makanan kurang ikhlas habislah masyarakat yg disebut di perenggan pertama td akan mengata balik. Khemah pulak rasanya ade potensi dapat FOC.

Contoh guest ada 800 x RM12 = RM 9600 <----ini mak ngn ayah bayar..bhaha..

2. Baju pengantin

Oh 2nd in the list memang baju. Walaupun banyak je lagi mende lain yg layak berada disini. Menunjukkan kepentingannya yg teramat disitu bagi PM. Hehe. Cakap awal-awal eh tanak sewa atas sebab-sebab yg sgt munasabah tetapi tak perlu dinyatakan disini. Baju groom je mcm hmm. tape kot sewa. *kejam* hahaha. 

Baju nikah + Baju sanding + Baju bertandang = RM3000 paling murah untuk ketiga2 mereka. Sendiri bayar.

3. Kad jemputan

Kad jemputan penting. Tapi tak perlu nak mahal2 sgt sebab mahal mcm mane pun tendency untuk org buang tu amat tinggi. Ada je lg yg 30 sen kot. Yang penting peta rumah tu tepat. Kita bajet la tempah yg 60sen ke ape.

RM0.60 x 1000pcs = RM600

4. Pelamin & Gubahan hantaran

Pelamin yg simple dimple pun mahal juga. Unless nak diy. Tapi mampukah dan kreatifkah nak diy tu? Kalau jadi macam tahpape kang ade yg malu nak bersanding. Gubahan hantaran pun same gak mcm susah je nak wat. So serahkan je pada yg pakar.

Letak la bajet RM2000

5. Barang-barang hantaran

Baju, Songket, Jam, Kasut (maybe), Gadget seketul tatau ape, Perfume dan sejenis makanan sedap. Bajet sume dalam RM 3000.

6. Photography

Ini mcm boleh je tak payah. Tapi kalau takde tak best la. Hahaha. Dah alang-alang ade haruslah amek yg power. Okeh dengan selamber dan tanpa segan silu RM3000. Both side.

7. Door gift

RM 5 x 300pax = RM1500 
RM 2 x 500pax = RM1000  * RM2500 

(tak cukup kang malu) haha
.
.
.

Total = RM 23700 - RM9600 (catering) = RM14 100  

yes.. itu adelah 14months of savings tanpa shopping dan sebagainya. Kos-kos sampingan lain pun belum masuk. Ini roughly jek. So bersedia jela dengan 20k baru la konfiden sikit nak start preparation ni semua. Good luck then. Nak pegi pengsan kejup. Haha. Tapi actually expect dlm 40k, rupenye kurang lg..yeahhh...!

Thursday 19 January 2012

Segmen "Panggilan Hangit" HotFM dihentikan?

Pagi ni 19 Januari 2012,  HotFM telah membuat sebuah pengumuman dimana segmen "Panggilan Hangit" tidak akan disiarkan lagi dan bakal digantikan dengan segmen lain. Pagi-pagi (kalau keje pagi la pun), selalunye mmg akan dengar HotFM dan tepat2 bile sampai kat parking lot standard pukul 7.00am ++ gitu. So memang akan sempat dengar panggilan hangit. Hmm, ramai yg komen segmen ni ada yg kekadang melampau dan mengaibkan orang. Haha. Memang ade betulnya pun. Rasanya Gotcha Calls dekat Hitz.fm lebih boleh diterima akal dan confirm kelakar. Well, pagi2 akan dengar Hitz.fm kalau naik kereta member lg sorang, yg mendengar lagu BAHASA INGGERIS sahaja. ^_* Hye 'Ber.



Tahap kekejaman dalam segmen Panggilan Hangit ni sebenarnya bergantung pada penyampai yg buat call tu sendiri. Tahap kekejaman dan pembuli tegar yg tertinggi dimenangi Faizal Ismail. Baru-baru ni yang pasal menang kereta tu mmg dasat. Ala yg suruh berentikan kereta kat tepi siap, the suruh jerit "I just won a car!" kuat2 sambil tekan hon. Sangat la ekeleh. Cuba la bayangkan mamat tu punya la semangat nak menang kereta sebab nak bagi dekat wife. Tiba2 rupanya prank semata2. Doh. Panggilan hangit ni sesuai kalau kite mainkan mende2 buruk/ negatif, turn out mende tu main2 je. It's a relief. tapi kalau mende best kau dah semangat2 rupenye tipu. Memang luluh la kot hati (apekah?). Emo seketika la plak. Lagi satu yg Faizal jadi bakal bapak mertua tu. Sangat merendah2kan lelaki tu ok. Siap ckp kereta tu kecik la tak mampu la bla3. Hoi sgt erghhh...tak lawak la mende2 gini. Selain lelaki yg diprank tu sedih, rasenye ramai lelaki2 lain diluar sane pun sentap tanpa disengajakan.

Enough with Faizal, kalau Fafau mcm menarik sikit nak dengar sebab die sgt pandai wat suara/dialek/pape jela yg sgt real. Lagipun Fafau sgt berperikemanusiaan. Wak AG pulak akan buat cepat-cepat. Very short conversation. Bosan. So rasanya segmen ape yg akan diganti ni? English Education tu mcm ok la jugak. Informative. Daripada segmen Era.fm yg kenakan orang tak pandai ckp English tu. Langsung tak lawak. Seb bek la dah tade segmen tu kan? Semak kepala je. Dengarnya sekarang Era.fm pepagi dah best sebab ade Johan. Entah kenapa tak penah lak nak dengar Era dlm kereta. Tak set pon frequency 103.3 tu. Oh, baru ingat kenape! Sebab dulu-dulu DJ die pepagi tu selain ada Ray & Haniff, adelah Pak Nil. *saya kejam* Lepas ni tkar mood plak la pepagi dengar JOHARA!

Tuesday 17 January 2012

Universal Studio Singapore! Part 2

Marilah baca USS part II ! haha.. Dah stalk lom Part I?? Bhaha. Previous entry baru cover Sci- Fi City and Ancient Egypy baru. Jom g tempat lain pulak! Let'a just enjoy the pictures because I'm lazy out of words..Haha!

{Far Far Away}








.
.
.
.
.
.
.

{Hollywood}




Chow! nnt sambung lg!!



Thursday 12 January 2012

Wishlist 2012

Apa yg mahu dikecapi pada tahun 2012? (ayat nak ginseng je) Bajet nak print screen post ni then tampal kat bilik. Wahaha. Dusta belaka. Tahun ni buat 5 je cukup. Last 2 years buat 10 tak terkejar pun. Scored 6/10 je from the whole list. 

The lucky 5 are:




1. Camera
Gambar hiasan sahaja sebab tak sure lg nak beli camera ape 'doh (sila sebut mcm BOBOI). V1 ni mcm RM3k+. Harga dah cam boleh beli DSLR yang hebat tapi kelemahannya adalah DSLR sgt gedabak dan berat. Dan juga kalo nak beli Nikon 1, nak beli V1 ke J1 nye punnn. J1 murah sikit.


2. Travel
Destinasi tak sure lagi. Most probably mcm nak pegi Vietnam untuk meninjau sesuatu disana. Seuatu itu diharapkan dapat menambahkan lagi pendapatan. Tapi untuk membawa sesuatu itu, kena kumpul duit la tahun ni.

3. New bed
Bilik baru mak dan ayah dah siap maka meninggalkan saya bilik lama mereka. Rasanya nak tukar katil lama tersebut supaya nampak lebih muda mudi dan ceria. Berangan nak beli wardrobe jugak tapi apakan daya bilik tu dah ada custom wardrobe. Walaupun tak dapat menggedik beli baru tapi dalam hati berbunga2 sebab jimat duit! Main2 wardrobe planner kat website IKEA amekaw sila lihat harga die di bucu atas kanan. Ni baru try test 4 pintu jer. Haha. Tape lah nnt beli untuk rumah sendiri jela (ecewah..bile tu?).


********


4. New job?
*Attached herewith my resume. duh *
Question mark disitu. Bukan tak suka current job tapi kerja ni banyak sgt melibatkan caci dan maki dari kedua2 belah pihak. Tatau sehari berapa byk kali ckp 'DOH as in full word. Uhu. I HATE to shift cubicle everyday and seek permission to go pee. Oh tapi selagi boleh bertahan marilah berjuang, sambil buat muka tak ikhlas langsung. Tak mampu.


5. Pursue Studies
Ada perasaan seperti nak sambung Masters. Tapi tak dpt berfikir secara serius lagi. Kalau tak dapat sambung belajar pun, tahun ni adalah untuk belajar lebih banyak ilmu kehidupan lain. Contohnya memasak dan menjahit. Semangat!

Sunday 8 January 2012

MasterChef Malaysia Season 1

Juara Masterchef Malaysia yg pertama adalah 

EZANI!!



woohoo agak sengit juga beliau berentap dengan Wahidan dan kemenangan adalah dengan beza 7% sahaja. Apa2 pun respect dengan semua peserta kerana sangat berbakat dan pandai memasak. Jangan jd macam saya yg boleh masak mende2 basic sahaja. Haha. Tahun ni azam adalah untuk meningkatkan skill memasak. Ecewah! Rasenye last time memasak yg bebetul dari penyediaan bahan2 ke menghidang adalah pada bulan August2011. Hahaha. *mengucap*

Sebagai penutup entri ni dipersembahkan gambar peserta feveret. Saya kagum kerana anda 19tahun tetapi sgt hebat dan cool. Cayalah Zamir!!
*_^




p/s: Ezani ade setup blog die. Jom cekidaut sini!

Saturday 7 January 2012

Baju DCT yg gojess

Apa yg best kalau jadi artis selain daripada duit masyuk dan glemer? Haha. Haruslah jeles kepada mereka sebab mereka boleh pakai baju lawa2. Commoners (ecewah) cam kite ni wat pe la nak wat baju semangat cam mereka pun. Nak pegi mane? Buang tebiat kah kau? Tapi byk2 retis paling suka baju-baju Datuk Siti Nurhaliza. Semua baju stok boleh jadikan baju tunang/nikah/reception jek. Jom layan baju2 yg gojess itu. *_^













DROOL~

kalau tak silap mostly baju yg PM kempunan ni designer nya adalah Rizman Ruzaini. Korang memang awesome! Masa googling gambar2 ni, terjumpa blog post pasal Datuk CT pregnant. Wow tahniah. Mesti happy gile kan. Akhirnya. Oh. Terasa kepochi seketika. Tapi sila baca post dia sampai habis keh. Sumber berita dari sini.

Kempen jom makan!


What's yours? Let's find out here!

Friday 6 January 2012

Apekah itu "Mini Pelamin"??

Siapakah pelopor "mini pelamin" masa bertunang ek? Menurut roommate PM, Erra Fazira la orangnye. Haha. Logik2..Try google tade plak gambar Erra. Haruslah kan, dah lama kot 2004 ke 2003 tah. mase tu PM Form 5? derr..hahaha..internet tak meluas sgt. Tapi still ingat la die wat rambut die lawa.

Zaman dolu-dolu bakal mak mertua akan masuk bilik perempuan and sarungkan cincin. Sekarang cam ada mini2 pelamin bagai. Kalau takde dah macam pelik pulak. Logiknya mini pelamin boleh DIY sebab simple je pun kan. cuma kalo nak sofa2 tu kene beli..kalo kusyen jahit jela nye pun or sewa..Jom cekidaut contoh2 yg best dan kreatif!


bajet nature lover..haha..

putih suci..nahhh

love the colour. pink + white always my favorite

carpet tu yg wat cam mewah..wuuu

pink + white lg kan? nampak tak kecenderungan disitu.haha

putih juga!

ni paling best sebab paling logik nak wat sendiri..hehe..tp yg lampu tu tak perlu.

Jom pasang angan-angan. kwang3..ngntuk!

Chow!

Picture credit to Pak Abu Google


Tuesday 3 January 2012

Next DIY project

This time nak buat shawl with lace..jd ke? haha..tatau bile dapat siap neh..happy!=)

Material: Chiffon 1.7m, Solstis Border Lace 0.5m, beads.

Sunday 1 January 2012

Universal Studio Singapore! Part 1

*Tulis entry ni sambil tersengih*

Hehe. Dah lama sgt nak pegi USS ni. Dah tu nak pegi yg kat Hollywood mungkin boleh pasang angan2 sahaja. Ni dah ada kat Singapore haruslah semangat ginseng kan nak gi. Nak g on 2010 ramai kata byk rides die tak siap lg la bla bla bla dan sebagainya. So ape lg, kite terjah la this year!

Mahal ke tiket die? Hm..boleh tahan la tp tade la cam terlampau mahal. Convert from SGD > MYR = 170.00 Ini on peak season. kitorang masuk 14th December. Tiket boleh walk in kalau hobi korang beratur. Kitorang beli 3 months earlier kat KL.

Daripada JB (tah ape name station) nek bas Resort World Sentosa warna merah 2 tingkat = SGD5 one way. Jauh jugak rupenye sejam lebih. Siap tertido n bangun2 cam "eh dah pagi ke?!". Benci betul perasaan yg baru tdo kejap tp rasa mcm dah semalaman. 
Sampai je kat situ, haruslah jakun sekejap tgk mende ni. snap cikit. haha.


*tak amek gambar melompat sebab confirm fail T_T

Tanpa membuang mase terus masuk la ape lg.. Banyak kot tempat nak g! takot tak sempat g sume tempat n naik sume RIDES!!!..haha..


{SCI-FI CITY}

Best spot of course Sci-Fi City!!
Sini ade Battlestar Galactica CYLON & HUMAN! awesomeness! kalo tak beratur panjang nak je naik byk2 kali. Kalo pegi korang have to try both ok.


Tengoklah betape berseliratnye urat-urat merah dan biru. Ape itu, oxygenated and deoxygenated blood? kah3

Okeh yg lane (kire lane ke tah) merah HUMAN, biru CYLON. Bezanya HUMAN tu korang nye kaki ade berpijak pada bumi nyata. Means ade platform tuk pijak. Tapi yg CYLON tu kaki korang terjuntai-juntai. ..Sile rujuk gambar dibawah kalo tak dpt imagine.. kwang3..


Kitorang naik HUMAN dulu sebab memule tgk yg CYLON ni mcm horror lak kaki tergantung2. Rupenye HUMAN lg serammm dr CYLON kot!

ACCELERATOR kitorang tak naik sebab die mcm tak perlu la kot nak memeningkan kepala..Ala-ala mcm cup pusing2 yg kat funfair tuh. duh. Gambarnye pon tak hamik. 

Ade satu kekecewaan sebab tak dpt naik TRANSFORMERS RIDE. Waiting time 2 hour yawww! Means kene beratur 2 hours. Sanggup? Jadi marilah mengurangkan kekecewaan tersebut dengan mengambil gambar.Hihi.



{Ancient Egypt}

Jiran kepada Sci-Fi City adelah Ancient Egypt. Ade rides yg best jugak tp indoor so tade gambar. Layan jugak roller coaster die sebab dalam gelap yg tak nampak pape pastu tetibe kuar mummy seketul depan muke. Pastu siap ade reverse turun bukit mengundur okeh. Terkeluar jup jantung aku. 
Kus semangat. *_*




Okeh update 2 spot dulu. Nanti sambung lg! chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...