Home

Sunday 24 June 2012

Al-kisah Ptptn....



Assalamualaikum.
Rasanya rata-rata pelajar IPTA memang mengambil pinjaman PTPTN. Lagipun bila dapat je surat tawaran dari uni, terus PTPTN pos satu cheque kat rumah kan. Cuma nak cashkan atau tidak sahaja. Nak kate, pinjaman paling senang nak approve la. Haha. So camane PM leh terjebak ngan PTPTN ni? Masa PM nak meminjam dulu, call mak dulu. Perbualan seperti dibawah;
PM: Mak, harini boleh mohon PTPTN kat dewan. Nak amik ke x?
Mak: Tak payah kot.
PM: Tapi semua orang ambik kot?
Mak: Betul ke nak ambik, kang liat nak bayar kang.
PM: Oh yeke. Tgk sini kene byr RM120 selama 10 tahun. Rasanya boleh ni..
Mak: Etah la, si Jamilah (bukan nama sebenar) tu kata beban nak bayar walaupun RM120 je.
PM: Boleh je *dengan muke kompiden*
Mak: Ok ikot ko la..duit tu nanti boleh simpan ke apa kalau tak guna..
Ok lihatlah kedegilan PM disitu. Mak kate tak payah tp nak semak juga. Bila dah kene byr baru terasa kesahihan yang mengatakan RM120 tu nampak kecik tp dengan gaji yang cukup makan tu je, kalau tak payah bayar PTPTN betapa la indahnya. Nak mengaku disini yang PM adalah langsung tak disiplin bayar PTPTN ni. Ikut suka je kejap bayar kejap tak. Bayar pun yang paling minimum. Sampai ayah bising, ko bayar RMXXX je sebulan??? sampai bile nak abes bayar? Kwang3....
So satu semester dapat RM3250 (kalau tak silap, hamek kau dah lupa). Semester 1 & 2 masih lagi mendengar kata emak dimana duit terus masuk ASB. Bila masuk semester ke-3 dan seterusnya dah macam-macam haru aku nak beli itu ini, so tah kemana tah duit tersebut. Habis begitu sahaja. 
Tapi paling sadis sekali adalah....masa tu baru balik dari konvo. Time tu ingat lagi otw balik dari UiTM. Dengar la radio. PM (as in Perdana Menteri, bukan Popcorn Madu) tgah announce Bajet 2010. Mari kite copy-paste teks tersebut.
"Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atas setaraf dengannya bermula tahun 2010"
Kecewa gila okehhhhhhh!!!!!!! konvo 2009 so KENA BAYAR..
Jadi ramai yang merungut tentang 1% interest. And I'm one of them. Tapi kalau nak ikutkan, dekat atas agreement yang kita sign dengan lajunya tu memang dah termaktub. Dah sign maknanya bersetuju la kan? Lu pikir la sendiri....Marilah bayar PTPTN. Untuk anak2 korang nanti, saving la daripada kecik supaya takpayah pinjam dah..Sekian...
Nak gedik upload gambar semasa convo barang beberapa keping. Haha.



ada gambar cam-whoring juga! hahah!

Wassalammm....

Sunday 17 June 2012

Memilih warna tema untuk majlis.

Assalamualaikum. 
Mengapa tema warna sangat dititik-beratkan dalam sesebuah majlis? Mungkin tak perlu sgt contoh kalau tema pink semua benda pun nak pink tp at least biar tone die match. Takde la majlis korang tu nampak carca marba je nanti dan colourful semacam. Dalam kehidupan seharian pun kita byk bermain atau "berkonflik" dengan warna. Mana taknye kalau nak pilih baju gi keje pun pening2 kepala kan. Nak match ngn tudung la segala mala. Lagikan pula kalau majlis pertunangan/pernikahan/resepsi yg orang kata sekali je seumur hidup, InsyaAllah.=p 
Selalunya tema sesebuah majlis pertunangan/perkahwinan akan dipengaruhi oleh warna busana terlebih dahulu. Benda-benda 'sub' yg lain will just follow the tone. Jadi member PM yg memang expert bab-bab ni telahpun me-recommend untuk surf website The Perfect Pallete untuk reference. Dah name site ni pon "perfect" so memang la perfect sengsangat untuk B2B yg still blur2 nak pilih warna ape kan. 

Dulu PM penah keje kat retail store. So one of the trainings adalah Colour Coordination. So ada cool dan warm colours. Tapi dalam kelas ni memang tak concentrate pun. Bile die bg mannequine main pakaikan jela baju pape pun asal nampak cantik. Actually ada do's and don't die tp kalau korang rasa korang ada common sense, mesti takkan fail punya lah. Haha. The Perfect Pallete ni best sebab colour tone yg sesuai dah matched-up pastuh ade la plak gambar2 yg best. Bagi 5 star! So untuk e-day since baju pun dah wat warna Light Coral gitu. These are my options:



Love 'em all!


**credit to ThePerfectPalette

B2B Inspiration: Pop-up Flowers

Assalamualaikum semua.

Jadi trend sekarang ni rasanya pengantin perempuan memang dah tak guna full lace sgt untuk baju mereka.  Dah tak 'in'. Mostly gunakan fabric chiffon, detailing baru akan patch dengan lace and beads yg vavavom meletup. Dan sekarang ni pulak trend pop-up flowers atau 3D flowers. Memang PM pun berkenan. Tapi suke yg roses je. So 3D flowers ni samada boleh beli siap atau DIY. Tapi beli siap setakat ni tak jumpe lg yg betul2 lawa. Ada la jumpe satu gambar ni dekat beadmeplease.my punya FB. Tapi mereka tak jual lak. Ce tgk gambar bwh ni, paling kiri. Cantik kan? Dan yg penting senang sebab ready made. #lazybum Dah ada try tanya kat Jakel KL memang tade. Mungkin perlu luaskan pencarian. Hehe.


Kalau nak DIY ada byk sangat tutorial kat YouTube. Tapi actually PM tak jumpe lg tutorial untuk buat roses yg bebetul sama cam gambar atas nih. Tapi gayanya macam senang just putar2 la kain chiffon tu. Haha. Tapi rasanya kena gunakan the right type of chiffon. PM dah try guna chiffon silk mcm adoiyai tak jadi sgt sebab maybe lembut sgt ke ape. Cuba tgk baju potong kek Umie Aida by Jovian Mandagie ni. Ni mesti berkayu2 chiffon die gunekan. Sebab roses die mcm mampat dan jitu gituh. Jauh beza dengan yg ready made tu kan? Pengsan 8saat.


Ada banyak lagi gambar2 baju yg gunakan pop up flowers ni. Semuanya superb tp yg PM upload ni yg paling cantik je. Wahaha. Suka3!!



***kain begini paling suka! press pleat ni nak buat mmg mahal tp ada jumpe ready-made kat Vietnam murah!




**picture source: Pakcik Google

Saturday 16 June 2012

Checklist-checklist-checklist (e-day)

Assalamualaikum.
Pagi ni ada ber-SMS dengan cousin dah tibe2 daripada bincang pasal mende lain, die g sentuh pasal majlis bulan 10 ni.

Ana: Ucuk, dah siap ke carik barang-barang hantaran?
PM: Dah kene carik ke? Makanan je kot sumenya. Bukan nak kene pilih handbag kasut dan sebagainya.
Ana: Banyak mende la ucuk oiiii... Nak carik renda reben bunga bla..bla..bla......
PM: Oh yeke perlu ke aku buat2 cemas skang ni. hahahaha...

*ok sebenarya terus cemas bile baca SMS si ana nehhhhh! Ucuk tu panggilan PM kat umah. Sila muntah. =p


Sekejap tadi pulak masa kacau mak tgah tido. Peluk dia pastu beliau tetibe bukak mata dan lantas berkata-kata,,,,

"Dah siap ke belum barang2 hantaran semua?"

Fine, perlu ke sume nak wat gue cemas! hahaha..ok chill2..jom lah wat checklist. Apa yg susah sgt pun. Eceh.

1. Baju Dah hantar tailor since bulan May lagi. Dah siap tp tak sempat nak amek lagi. consider 
DONE
2. Detailing -Tailor ritu die jahit je so patch lace n beading kene wat sendiri/tempah je. 
IN PROGRESS
3. Mini Pelamin - Mak kate tak payah. (Dah tu pehal nak ade lam list!) 
NOT APPLICABLE
4. Makeup - Ingat nak makeup sendiri je tp nampaknya ramai membantah.
IN PROGRESS
5. Caterer/Menu - Biar expert yg handle iaitu mak. Hihihi.
DONE
6. Cincin - Mende paling menyeronokkan. For sure dah buat awal2. 
DONE
7. Bekas cincin - Akan ku beli sebulan sebelum majlis kat Semua House. Ada satu kedai hebat.
IN PROGRESS
8. Dulang/Alas dulang hantaran 
IN PROGRESS
9. Barang-barang hantaran- List dah finalize. Makanan2 sekalian tinggal nak buat tempahan je.
DONE
10. Gubahan hantaran/theme colour
IN PROGRESS
11. Doorgift - Takde idea nak bg apa.
IN PROGRESS

Ok rasanya takde ape yg nak dirisaukan. Ada 6 item je yg IN PROGRESS and I've got another 3 months to prepare!! Weee~

Birthday Sukur Ibrahim ke 18 tahun!

Assalamualaikum semua. Ni semua sebab si Sukur ni la PM 'terpanggil' nak wat post. Oh perlu ke ade adegan panggil memanggil disini?? (pang!!) ok fine sukur ko nak ckp blog aku bersaranghae....eh kan bajet Fatin Liyana, mane leh selalu sgt update blog..(ok ni bebetul mintak lempang..puiii) haha..sebenarnya blog ni ada byk je DRAFT yg tak post2 sehingga ke sudah. haha. Memang mende2 blogging ni kene ade satu perasaan keterpaksaan. Wahaha. Contohnya mcm post2 PM kat kakiwayang.com Tapi bukan la nak kata review tu TERPAKSA buat tp dah mcm jadi satu tanggugjawab la bile sampai turn. Tapi pernah jugak banyak beberapa kali terlepas sebab sengaja eh sebab ada hal.

Kembali kepada budak Sukur yg kutuk blog ni bersarang, so betul ke ada kezutan kat birthday die ritu? Tatau la nak define kejutan ke tak sebab PM bayangkan kejutan tu samada kitorang sume terjah rumah die beramai2 bersama seketul kek dan jerit SURPLISEEE!!! (gaya Eric Leong) dan die tinggal tiup lilin. Ataupon lg satu senario adelah die balik rumah dan ada segerombolan manusia didalam rumah beliau yg menyorok lalu bila pintu dibuka menjerit SLURPRISSSSEEEEEE!!! ok kedua2 ni tak berlaku. Terima Kasih. Cuma Sukur memang tatau yg kitorang nak datang. Or senanye die buat2 tatau je??

PM and Azizi sampai2 bawah office si Sukur tu macam. EH?? kite patut wat ape ni. Tunggu sume orang dtg ke ape? Dan kenape kite tak bawak apa2 dan hanya berlenggang kangkung membawa perut. Kitorang memang baru balik kerja rush dr Dang Wangi ke Taman Equine so tak sempat langsung prepare pape. Since ada byk masa lg kitorang pun melencong jup ke pasar malam beli kepok lekor ngn murtabak.

Waktu berbuka/ Maghrib pun dah nak dekat so nak tanak kitorang terjah jela naik umah si Sukur. Nasib baik terjumpe Nad iaitu kawan kitorang yg buat pavlova untuk haritu. Actually baru 1st time jumpe Nad haritu lantas berkenalan. 


**TEKAN LOCENG**

Sukur pon bukak pintu dan wat muka pelik. Tapi kitorang mengabaikan muke pelik tu dan terus masuk. #weird Tak lame pastu datang la tukang masak bersama menu hari tu. Terbaik betul ada banyak nasi ayam. Memang favourite gue. Apatah lagi di masak bakal peserta Master Chef Musim ke-2 iaitu Waniaw bersama sous-chef nya iaitu Renni! Hihi dah lama gile tak jumpe Renni iaitu dulu die ni housemate PM selama 2 tahun. Tapi senanye makanan sampai selepas waktu bebuka so birthday boy buka puasa ngn air mineral ye.Haha. Tak bawak camera haritu, dan memang selalunya tak bawak camera pun. So gambar sume curik dari mansia2 lain. =D

Pavlova sedap dari Sugar and Heels

Azizi: Pavlova ni cair tak kalau kite makan lambat?
Nad: Ok je kot.
Azizi: Sebab kalau cair kite makan la pavlova dulu. 
PM: Ala cakap jela nak makan pavlova dulu sebab teruja
Azizi: Thehehe ....

Tak banyak gambar sgt pon sebab agenda utama adalah MAKAN!

Majlis kesyukuran yg sebenar sempena birthday Sukur kite kene tunggu Sukur la yg wat entri. Haha. Happy birthday Sukur, semoga panjang umur jadi dapatlah kite celebrate lagi InsyaAllah....


****JEJAK KASIH: The one and only surprise masa birthday PM adalah time kat Matrik Perak tahun 2005. Roomies yg buat. Manelah korang skang eh Yati and Syiqah. Sedih lost contact. Carik kat FB pun tade. Sobss.

Saturday 2 June 2012

2011 vs 2012

Betapa tahun 2012 ni banyak perubahan yang berlaku. Selain daripada terpaksa pindah rumah, akhirnya plan PM dan Wani untuk bukak roporopol.com akhirnya jadi kenyataan. Banyak dugaannye terutama kewangan dan masa. Thanks Wani sebab banyak memahami dan melayan kerenah aku ni. =D anyway blogshop belum fully designed lg so kitorang bergerak melalui FB je. Sudi-sudilah like.

Best ke pindah Ampang ni? Mestilah best sebab dekat gile ngn office. 15 minit je. Tak payah nak bangun awal sangat mcm dulu dan tade la berebut2 nak masuk tidal flow dekat tol Batu 9 Cheras tu. #nightmare. Tapi sewa nya rasakan la double. Sentap poket mak. Tapi redha la kan. Harga masa untuk tidur tu lebih mahal. Puikk. Tapi sekarang ni pergi keje sesorang la kan. Carpool buddy pun dah berhenti keje sebab nak rasa nikmat pengangguran katanya. Boleh? PM dah penah menganggur dah so cukup2 la tu. Siapa nak byr loan kereta, PTPTN dan segala jenis loan sara sendiri cari? =p

Tapi rumah ni mcm sunyi. Even ada 5 orang penghuni lain, tp sorang pun PM tatau nama kecuali makcik tuan rumah. Tak sempat nak beramah mesra sgt pun so cuma sengih2 jela bile terserempak ke ape. So orang KL ni bukan je tak kenal jiran,tapi teman serumah pun tak kenal. Teruk tak bunyinya? #foreveralone So bile kite carik iklan rumah sewa kan ada tag "MYOB"/ Mind Your Own Business kan? So this is what its like yaw! Ko wat hal ko, aku pun wat hal aku. Aku tak kacau ko, ko pun jangan kacau aku. 

Kawan baik masa kat uitm juga dah dapat baby. Cumil, Muhammad Zakhwan bin Muhammad. Read her blog here. Hopefully Eqa boleh selalu update blog mcm dulu. Haha. Gambar curik kat fb die. Ok sume rakan-rakan sebaya pun nak upload gambar kawin + baby. I'm still in my comfort zone. Haha. Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...