Home

Thursday, 12 January 2012

Wishlist 2012

Apa yg mahu dikecapi pada tahun 2012? (ayat nak ginseng je) Bajet nak print screen post ni then tampal kat bilik. Wahaha. Dusta belaka. Tahun ni buat 5 je cukup. Last 2 years buat 10 tak terkejar pun. Scored 6/10 je from the whole list. 

The lucky 5 are:




1. Camera
Gambar hiasan sahaja sebab tak sure lg nak beli camera ape 'doh (sila sebut mcm BOBOI). V1 ni mcm RM3k+. Harga dah cam boleh beli DSLR yang hebat tapi kelemahannya adalah DSLR sgt gedabak dan berat. Dan juga kalo nak beli Nikon 1, nak beli V1 ke J1 nye punnn. J1 murah sikit.


2. Travel
Destinasi tak sure lagi. Most probably mcm nak pegi Vietnam untuk meninjau sesuatu disana. Seuatu itu diharapkan dapat menambahkan lagi pendapatan. Tapi untuk membawa sesuatu itu, kena kumpul duit la tahun ni.

3. New bed
Bilik baru mak dan ayah dah siap maka meninggalkan saya bilik lama mereka. Rasanya nak tukar katil lama tersebut supaya nampak lebih muda mudi dan ceria. Berangan nak beli wardrobe jugak tapi apakan daya bilik tu dah ada custom wardrobe. Walaupun tak dapat menggedik beli baru tapi dalam hati berbunga2 sebab jimat duit! Main2 wardrobe planner kat website IKEA amekaw sila lihat harga die di bucu atas kanan. Ni baru try test 4 pintu jer. Haha. Tape lah nnt beli untuk rumah sendiri jela (ecewah..bile tu?).


********


4. New job?
*Attached herewith my resume. duh *
Question mark disitu. Bukan tak suka current job tapi kerja ni banyak sgt melibatkan caci dan maki dari kedua2 belah pihak. Tatau sehari berapa byk kali ckp 'DOH as in full word. Uhu. I HATE to shift cubicle everyday and seek permission to go pee. Oh tapi selagi boleh bertahan marilah berjuang, sambil buat muka tak ikhlas langsung. Tak mampu.


5. Pursue Studies
Ada perasaan seperti nak sambung Masters. Tapi tak dpt berfikir secara serius lagi. Kalau tak dapat sambung belajar pun, tahun ni adalah untuk belajar lebih banyak ilmu kehidupan lain. Contohnya memasak dan menjahit. Semangat!

1 comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...