Home

Friday 10 August 2012

Dapur PM: Resipi biskut Famous Amos terbongkar?

Assalamualaikum..

Sempena raya pada minggu depan, PM nak kongsi resipi Chocolate Chip cookies yg PM tak pernah miss buat setiap tahun dari tahun 2006. Lebih sedap dr Famous Amos, acewahhh! Famous Amos sedap tapi manissss. Ok yang penting, nak buatnye tak susah. Bahan2 seperti dibawah. Confirm jadi punya. PM tak tipu resipi ni seperti sesetengah buku resipi yg menyakitkan hati. Ooopppsss..!

Bahan A:
250g butter
1 biji telur (kuning+putih)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 camca teh perisa vanila
1 1/2 sudu serbuk koko

Bahan B:
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan cip coklat
1 cawan badam
1 cawan Nestum


Untuk bahan A, yang penting mestilah dimulakan dengan butter dan telur dulu. Setelah kembang ataupun sebati, baru masuk perisa vanila, serbuk koko dan 2 jenis gula td. 


Putar lagi secukup rasa.


Dah siap Bahan A, kita ke Bahan B pula. Mulakan dengan tepung naik sendiri (self-raising flour). Secara realitinya, lepas selesai masukkan 3 1/2 cawan tepung, kite dah tak boleh guna mixer lg sebab dah agak keras/ liat. Selepas tepung sudah sebati dengan Bahan A tadi, barulah masukkan choc chip, badam dan nestum. Letak 1 cawan each because LESS IS MORE. Hehe. Kalau dah byk sgt baik korang ratah je bahan2 ni begitu saja.Hehe.


Sila gunakan senduk atau yg sewaktu dengannya untuk gaul. Jangan guna tangan please. Ini bukan roti canai eh. Sampai sebati okeh! Nanti rupa die jadi gini.


Sudah siap! Oh lupa sebelum adun-mengadun, korang harus panaskan oven dulu. Suhu 170'c. Suhu standard untuk biscuits. Susun ala-ala begini. Biskut ni takkan kembang mana so nak susun rapat2 pon boleh.


Tunggu sehingga kekuningan seperti gambar dibawah. Kalau korang tanya bape minit, hmm PM pun tak sure sebab tgk pada korang bentukkan tu nipis atau tebal. So kene judge dari warna.

.
.
.
.
.
.
.
.

Hasilnya! Tadaaa! Sedap lagi rangup! 
Oh perasannya! =D


Selamat mencuba ya!

Project E: DIY menggunakan border lace.

Assalamualaikum semua..=)


Selamat berpuasa kepada yg Muslim. Sekejap je dah hari ke 21 kan.. Ramadhan datang dan akan meninggalkan kita sekali lagi..Semoga dapat bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan InsyaAllah..

PM agak struggle jahit memanik..huhu..dan kekadang terfikir macam eh kenapa aku struggle sgt nak buat sendiri ni? Hantar jela org jahit..hehe..First, sebab jahit kat orang MAHAL. RM300 above. Kedua, jahit sendiri semestinya puas hati. Walaupun tak cantik ke, ada mak kesah? haha..

Jadi border lace PM gi beli kat Gulati's KL. Kat Jakel walaupun lebih banyak pilihan tp warna yg match nan hado. Border lace kat Jakel standard harga RM200 ++ so Gulati's murah sikit banyak. PM beli 1 meter. Untuk keliling pinggang dan tangan. Oh lupa nak ckp, ini lace yg mmg plain tade beads langsung tau. Yang ada beads mmg harga RM300 ke ribuan ringgit! Kaching!

Ok bile dah beli pening lak nak fikir. Beads nak pakai warna apa? Jenis apa? Nak guna berapa warna? Oh padan muka kau dah namanya amatur sume men taram. Jadi selalunye PM akan guna pearl je. Sebab senang. Tapi ada suara kecil yg mengatakan "pakai pearl je tak cantik la..tambah uh ngn crystal beads". Haiyoooo..padahal leceh kot! So hasilnya, progress sgt lambat! Entah bile nak siap! Ini hasil setelah 3 hari. Sebelah tgn pun belum complete. Kesabaran amat diperlukan disini! =D



Ok jadi selain drpd tu, PM saje nak try buat pop up flowers guna chiffon yg lebih2. Carik tutorial kat internet tak jumpe lak. So guna jela kaedah cuba jaya.. Tengok gambar-gambar and try to imitate. Baru siap satu ketul.


Ok la nak sambung jahit! Bye!

Selingan: Dah beli tudung raya? Jom terjah blog RopolRopol. Tempahan terakhir kami ambil pada 13 Ogos 2012. Dan jgn lupa like FB page RopolRopol sekali. Thanks! 

Saturday 4 August 2012

Jovian Fever?

Siapa tak teringin pakai baju designer kan? Inikan pula jual murah. Well tade la murah sengsangat tp mampu milik la. Kalau gi butik, hangkut duit kumpul 2-3 bulan pun tak tentu cukup. Haha. So tahun ni, Jovian Mandagie mengeluarkan beberapa ready to wear yg superb yg amat dan harga dalam range RM180 - RM 380. Dah la cantik gilo. Dah duk semak gak senanya kat FB die cuci mata. Tapi mcm ramai sgt yg dah aim. Dah dapat bayangkan mesti ramai gile yg beratur dari awal pg. Kat FB Jovian dia ada post video manusia di First Lady Jalar TAR. Hamboi Mak Jah ko terjerit2 sambil berlari untuk mendapatkan baju idaman. Kerlasss..Haha. Baru 10 minit dah licin uolllss!! Tape la PM bagi peluang kat korang gi beli dah beraya sakan! Haha. PM tgk gambar je jadila...=)

PM paling suke yg ni sebab saya mmg peminat tegar lace..JANIYA..ini mcm dah boleh buat baju tunang jek..=D


chowz! Nak sambung jahit memanik!

p/s: errr sape ada tgk 20 by Rizalman kat TESCO. Komen PM: "ekeleh"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...