Home

Saturday 14 April 2012

Majlis Tayangan Filem : Berani Punya Budak

Pada Khamis lepas (12 April 2012) PM telah menyemakkan diri ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media filem Berani Punya Budak dekat e@Curve. Kredit kepada Bro Framestone atas 2 tiket tersebut. Sebagai manusia paling punctual di dunia PM dan Azizi Kakiwayang.com sampai sharp pukul 7pm! Apekejadahnye tayangan pukul 9.30 okeh! Siap tiket takleh nak amek lg sebab tak ready. Ok pasrah jela. Lantas menapak ke IKEA makan meatball lagi berbaloi2. Nom nom nom..
Dah habis makan berangan la seketika kat kabinet dapur IKEA tu kan pastu baru la menapak semula ke Cathay Cineplex. Katanya tayangan ni dihadiri lebih kurang 100 Bloggers. Tapi tak semua la PM recognize since I don't have the whole day to browse and read blogs. Tahu tak camane nak tahu orang tu blogger ke ape? Hahaha. Selalunya mesti gantung DSLR kat leher, pastu amek gambar food, amek gambar sume mende, termasuk air teh tarik yang caterer hidangkan tu, pastu kene stylo mylo sikit. Wahhh kerlass gitu. Well mestilah kene amek gambar bebanyak so menarik la sikit  banyak post diorang tu nnt.

Ok berbalik pada filem BPB ni, rasanya sinopsis tak perlu nak copy paste sebab byk je blog lain yg dah buat kan (cakap jela malas nak google). Filem ni best memang lain dari yg lain. Macamane korang enjoy tgk Maharaja Lawak Mega tu, camtu la tahap lawak dia. Korang akan gelak terbahak2 on certain scenes. bila dah last2 tu pulak banyak scene tumbuk-menumbuk dan sepak-menyepak. Masa scene ni mengantuk yg tak boleh blah mmg terlelap 10 minit gak kot. Tapi bukan salah filem ni, tp salah diri sendiri yg tak suke scene begitu. Bintang-bintang angkasa bagi 3.5/5. Review penuh nantikan di Kakiwayang.com. Kami akan up review pada hari tayangan atau sehari sebelum..Cek cek cekidaut!


p/s: tak sabar nak tunggu Papadom 2 yaww!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...