Home

Friday 10 August 2012

Dapur PM: Resipi biskut Famous Amos terbongkar?

Assalamualaikum..

Sempena raya pada minggu depan, PM nak kongsi resipi Chocolate Chip cookies yg PM tak pernah miss buat setiap tahun dari tahun 2006. Lebih sedap dr Famous Amos, acewahhh! Famous Amos sedap tapi manissss. Ok yang penting, nak buatnye tak susah. Bahan2 seperti dibawah. Confirm jadi punya. PM tak tipu resipi ni seperti sesetengah buku resipi yg menyakitkan hati. Ooopppsss..!

Bahan A:
250g butter
1 biji telur (kuning+putih)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 camca teh perisa vanila
1 1/2 sudu serbuk koko

Bahan B:
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan cip coklat
1 cawan badam
1 cawan Nestum


Untuk bahan A, yang penting mestilah dimulakan dengan butter dan telur dulu. Setelah kembang ataupun sebati, baru masuk perisa vanila, serbuk koko dan 2 jenis gula td. 


Putar lagi secukup rasa.


Dah siap Bahan A, kita ke Bahan B pula. Mulakan dengan tepung naik sendiri (self-raising flour). Secara realitinya, lepas selesai masukkan 3 1/2 cawan tepung, kite dah tak boleh guna mixer lg sebab dah agak keras/ liat. Selepas tepung sudah sebati dengan Bahan A tadi, barulah masukkan choc chip, badam dan nestum. Letak 1 cawan each because LESS IS MORE. Hehe. Kalau dah byk sgt baik korang ratah je bahan2 ni begitu saja.Hehe.


Sila gunakan senduk atau yg sewaktu dengannya untuk gaul. Jangan guna tangan please. Ini bukan roti canai eh. Sampai sebati okeh! Nanti rupa die jadi gini.


Sudah siap! Oh lupa sebelum adun-mengadun, korang harus panaskan oven dulu. Suhu 170'c. Suhu standard untuk biscuits. Susun ala-ala begini. Biskut ni takkan kembang mana so nak susun rapat2 pon boleh.


Tunggu sehingga kekuningan seperti gambar dibawah. Kalau korang tanya bape minit, hmm PM pun tak sure sebab tgk pada korang bentukkan tu nipis atau tebal. So kene judge dari warna.

.
.
.
.
.
.
.
.

Hasilnya! Tadaaa! Sedap lagi rangup! 
Oh perasannya! =D


Selamat mencuba ya!

2 comments:

Unknown said...

Sedap nampak. terliur...

wiezureen said...

adakah sama rasa dgn alahai cookies?..ada nestum, ada kuaci, ada coklat cip...kalau sama..mmg sedap giler la...nanti saya cuba , ok..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...