Home

Sunday 24 June 2012

Al-kisah Ptptn....



Assalamualaikum.
Rasanya rata-rata pelajar IPTA memang mengambil pinjaman PTPTN. Lagipun bila dapat je surat tawaran dari uni, terus PTPTN pos satu cheque kat rumah kan. Cuma nak cashkan atau tidak sahaja. Nak kate, pinjaman paling senang nak approve la. Haha. So camane PM leh terjebak ngan PTPTN ni? Masa PM nak meminjam dulu, call mak dulu. Perbualan seperti dibawah;
PM: Mak, harini boleh mohon PTPTN kat dewan. Nak amik ke x?
Mak: Tak payah kot.
PM: Tapi semua orang ambik kot?
Mak: Betul ke nak ambik, kang liat nak bayar kang.
PM: Oh yeke. Tgk sini kene byr RM120 selama 10 tahun. Rasanya boleh ni..
Mak: Etah la, si Jamilah (bukan nama sebenar) tu kata beban nak bayar walaupun RM120 je.
PM: Boleh je *dengan muke kompiden*
Mak: Ok ikot ko la..duit tu nanti boleh simpan ke apa kalau tak guna..
Ok lihatlah kedegilan PM disitu. Mak kate tak payah tp nak semak juga. Bila dah kene byr baru terasa kesahihan yang mengatakan RM120 tu nampak kecik tp dengan gaji yang cukup makan tu je, kalau tak payah bayar PTPTN betapa la indahnya. Nak mengaku disini yang PM adalah langsung tak disiplin bayar PTPTN ni. Ikut suka je kejap bayar kejap tak. Bayar pun yang paling minimum. Sampai ayah bising, ko bayar RMXXX je sebulan??? sampai bile nak abes bayar? Kwang3....
So satu semester dapat RM3250 (kalau tak silap, hamek kau dah lupa). Semester 1 & 2 masih lagi mendengar kata emak dimana duit terus masuk ASB. Bila masuk semester ke-3 dan seterusnya dah macam-macam haru aku nak beli itu ini, so tah kemana tah duit tersebut. Habis begitu sahaja. 
Tapi paling sadis sekali adalah....masa tu baru balik dari konvo. Time tu ingat lagi otw balik dari UiTM. Dengar la radio. PM (as in Perdana Menteri, bukan Popcorn Madu) tgah announce Bajet 2010. Mari kite copy-paste teks tersebut.
"Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atas setaraf dengannya bermula tahun 2010"
Kecewa gila okehhhhhhh!!!!!!! konvo 2009 so KENA BAYAR..
Jadi ramai yang merungut tentang 1% interest. And I'm one of them. Tapi kalau nak ikutkan, dekat atas agreement yang kita sign dengan lajunya tu memang dah termaktub. Dah sign maknanya bersetuju la kan? Lu pikir la sendiri....Marilah bayar PTPTN. Untuk anak2 korang nanti, saving la daripada kecik supaya takpayah pinjam dah..Sekian...
Nak gedik upload gambar semasa convo barang beberapa keping. Haha.



ada gambar cam-whoring juga! hahah!

Wassalammm....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...