Home

Friday, 27 January 2012

Tutorial: Ribbon Flowers

Pagi yg complicated. haha. Banyak perasaan yg pelik. Jadi marilah kite menyibukkan diri! Harini PM nak share tutorial untuk buat bunga menggunakan reben (ke riben eh?). Ini pun adelah first try PM. So cam buruk je. Haha. Tape asalkan korang get the idea okayh? Practice make perfect!

Bahan-bahan mentah:

Riben
Pita pengukur (pembaris pun leh)
Benang & Jarum
Gunting


Dah ada semua? Mari mulakan dengan muke semangat ginseng!!

1. Potong 5 keping riben.
* Untuk riben yg lebar, paling sesuai 3.5 inches. Manakala riben cumil, 3.0 inches. (sori tade dalam gambar)



2. Dah siap potong 5 ketul, jahitkan bahagian tengah, mcm yg dalam gambar diatas. Kelima-lima keping buat step yg sama.


3. Penyekkan (haha, ape punye ayat) riben yg dijahit td dan riben tersebut akan berubah wajah seperti diatas. Jahit sembat bersaiz sederhana ikut kreativiti. Saiz rembatan sembatan puan-puan ni akan mempengaruhi kedutan kat bunga tu nanti. Seelok-eloknya jgn besar sgt nnt kang tak berkedut langsung mcm Rozita Che Wan. Eh. ade kene mengena ke..Pang!!


4. Jangan matikan benang dulu, kita sambungkan untuk kelima-lima kelopak tu. So daripada awal terus siap-siap sediakan benang yg panjang. Hasilnya seperti di bawah. (Sila abaikan meja bersepah..hihi)


5. Tarik benang perlahan-lahan sampai anda mendapat kedutan yg paling memuaskan hati. Tengah2 letak button yg cumil. PM kekurangan bahan mentah. Selamber rembat brooch butterfly! Ok dah siap!


****Cadangan hidangan****


Bunga ni jadi besar sebab reben pun besar. Kalau nak wat cam pop-up flowers untuk baju, boleh gune smaller ribbon ye kawan-kawan!

Selamat Mencuba!

Thursday, 26 January 2012

Patchy-patchy heyy (bajet Hindustan)


Alamak rasanya dah perap lama gile lace n chiffon ni. Kalau ikan dah siap jadi pekasam dah kot. Hehe. Ini pon paksa diri jahit pearl and beads dulu sikit2. Tapi senanye sebab tade mende nak wat malam ni. Kate bulan ni gaji dapat half je kan. Mari berbelanja secara berhemah. Sila duk umah diam-diam. Anyway projek tergendala (alasan) sebab tak berjaya lagi carik tempat yg leh jahit tepi  warna. Jalan2 kat Jln TAR ade makcik tailor tu kate ade satu kedai kat Medan Mara yg boleh buat. Tapi skang ni maybe kedai tu still cuti CNY. Nanti minggu depan nak terjah kedai tu. Ade sesiapa lg tahu tempat-tempat lain?

Tuesday, 24 January 2012

Simple yang amat


Simple sangat sangat. Kurung + Batik Terengganu. 
Seharusnya baju ni langsung tak memeningkan kepala. Hohoh.
Tapi sebagai kepochi, PM yg pening kepala sebab rasenya simple sangat. Eh, yg ko sibuk nape? Wedding dorang nye pun..hahaha..lari!

Saturday, 21 January 2012

Kos kasar majlis kahwin yg memang "kasar" betul..^_^

Kahwin..kahwin..kahwin..
Duit..Duit..Duit..
Realiti zaman sekarang ni. Wedding nak semangat ginseng. Kalau tak buat majlis ade pulak masyarakat yg mengata. Kedekut la kahwin hanya sekali la takpe sesekali berbelanja la bla bla bla.. Cakap-cakap yang standard. Kalau mampu tu memang takpe tapi kalau tak mampu dan sampai berhutang memang tak relevan langsung. Cuba kita renung2kan list dibawah ini. Cek cek cekidaut. Ini untuk sebelah pihak sahaja terima kasih.



1. Catering

Seharusnya ini yg paling penting. Soalan kiasan yg standard pun adelah "Bile nak makan nasik minyak?". Ahah. Ada tuan-tuan dan puan-puan nampak perkataan makan disitu? Pelamin cantik baju cantik tapi makanan kurang ikhlas habislah masyarakat yg disebut di perenggan pertama td akan mengata balik. Khemah pulak rasanya ade potensi dapat FOC.

Contoh guest ada 800 x RM12 = RM 9600 <----ini mak ngn ayah bayar..bhaha..

2. Baju pengantin

Oh 2nd in the list memang baju. Walaupun banyak je lagi mende lain yg layak berada disini. Menunjukkan kepentingannya yg teramat disitu bagi PM. Hehe. Cakap awal-awal eh tanak sewa atas sebab-sebab yg sgt munasabah tetapi tak perlu dinyatakan disini. Baju groom je mcm hmm. tape kot sewa. *kejam* hahaha. 

Baju nikah + Baju sanding + Baju bertandang = RM3000 paling murah untuk ketiga2 mereka. Sendiri bayar.

3. Kad jemputan

Kad jemputan penting. Tapi tak perlu nak mahal2 sgt sebab mahal mcm mane pun tendency untuk org buang tu amat tinggi. Ada je lg yg 30 sen kot. Yang penting peta rumah tu tepat. Kita bajet la tempah yg 60sen ke ape.

RM0.60 x 1000pcs = RM600

4. Pelamin & Gubahan hantaran

Pelamin yg simple dimple pun mahal juga. Unless nak diy. Tapi mampukah dan kreatifkah nak diy tu? Kalau jadi macam tahpape kang ade yg malu nak bersanding. Gubahan hantaran pun same gak mcm susah je nak wat. So serahkan je pada yg pakar.

Letak la bajet RM2000

5. Barang-barang hantaran

Baju, Songket, Jam, Kasut (maybe), Gadget seketul tatau ape, Perfume dan sejenis makanan sedap. Bajet sume dalam RM 3000.

6. Photography

Ini mcm boleh je tak payah. Tapi kalau takde tak best la. Hahaha. Dah alang-alang ade haruslah amek yg power. Okeh dengan selamber dan tanpa segan silu RM3000. Both side.

7. Door gift

RM 5 x 300pax = RM1500 
RM 2 x 500pax = RM1000  * RM2500 

(tak cukup kang malu) haha
.
.
.

Total = RM 23700 - RM9600 (catering) = RM14 100  

yes.. itu adelah 14months of savings tanpa shopping dan sebagainya. Kos-kos sampingan lain pun belum masuk. Ini roughly jek. So bersedia jela dengan 20k baru la konfiden sikit nak start preparation ni semua. Good luck then. Nak pegi pengsan kejup. Haha. Tapi actually expect dlm 40k, rupenye kurang lg..yeahhh...!

Thursday, 19 January 2012

Segmen "Panggilan Hangit" HotFM dihentikan?

Pagi ni 19 Januari 2012,  HotFM telah membuat sebuah pengumuman dimana segmen "Panggilan Hangit" tidak akan disiarkan lagi dan bakal digantikan dengan segmen lain. Pagi-pagi (kalau keje pagi la pun), selalunye mmg akan dengar HotFM dan tepat2 bile sampai kat parking lot standard pukul 7.00am ++ gitu. So memang akan sempat dengar panggilan hangit. Hmm, ramai yg komen segmen ni ada yg kekadang melampau dan mengaibkan orang. Haha. Memang ade betulnya pun. Rasanya Gotcha Calls dekat Hitz.fm lebih boleh diterima akal dan confirm kelakar. Well, pagi2 akan dengar Hitz.fm kalau naik kereta member lg sorang, yg mendengar lagu BAHASA INGGERIS sahaja. ^_* Hye 'Ber.



Tahap kekejaman dalam segmen Panggilan Hangit ni sebenarnya bergantung pada penyampai yg buat call tu sendiri. Tahap kekejaman dan pembuli tegar yg tertinggi dimenangi Faizal Ismail. Baru-baru ni yang pasal menang kereta tu mmg dasat. Ala yg suruh berentikan kereta kat tepi siap, the suruh jerit "I just won a car!" kuat2 sambil tekan hon. Sangat la ekeleh. Cuba la bayangkan mamat tu punya la semangat nak menang kereta sebab nak bagi dekat wife. Tiba2 rupanya prank semata2. Doh. Panggilan hangit ni sesuai kalau kite mainkan mende2 buruk/ negatif, turn out mende tu main2 je. It's a relief. tapi kalau mende best kau dah semangat2 rupenye tipu. Memang luluh la kot hati (apekah?). Emo seketika la plak. Lagi satu yg Faizal jadi bakal bapak mertua tu. Sangat merendah2kan lelaki tu ok. Siap ckp kereta tu kecik la tak mampu la bla3. Hoi sgt erghhh...tak lawak la mende2 gini. Selain lelaki yg diprank tu sedih, rasenye ramai lelaki2 lain diluar sane pun sentap tanpa disengajakan.

Enough with Faizal, kalau Fafau mcm menarik sikit nak dengar sebab die sgt pandai wat suara/dialek/pape jela yg sgt real. Lagipun Fafau sgt berperikemanusiaan. Wak AG pulak akan buat cepat-cepat. Very short conversation. Bosan. So rasanya segmen ape yg akan diganti ni? English Education tu mcm ok la jugak. Informative. Daripada segmen Era.fm yg kenakan orang tak pandai ckp English tu. Langsung tak lawak. Seb bek la dah tade segmen tu kan? Semak kepala je. Dengarnya sekarang Era.fm pepagi dah best sebab ade Johan. Entah kenapa tak penah lak nak dengar Era dlm kereta. Tak set pon frequency 103.3 tu. Oh, baru ingat kenape! Sebab dulu-dulu DJ die pepagi tu selain ada Ray & Haniff, adelah Pak Nil. *saya kejam* Lepas ni tkar mood plak la pepagi dengar JOHARA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...