Home

Showing posts with label KakiMakan. Show all posts
Showing posts with label KakiMakan. Show all posts

Friday, 10 August 2012

Dapur PM: Resipi biskut Famous Amos terbongkar?

Assalamualaikum..

Sempena raya pada minggu depan, PM nak kongsi resipi Chocolate Chip cookies yg PM tak pernah miss buat setiap tahun dari tahun 2006. Lebih sedap dr Famous Amos, acewahhh! Famous Amos sedap tapi manissss. Ok yang penting, nak buatnye tak susah. Bahan2 seperti dibawah. Confirm jadi punya. PM tak tipu resipi ni seperti sesetengah buku resipi yg menyakitkan hati. Ooopppsss..!

Bahan A:
250g butter
1 biji telur (kuning+putih)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 camca teh perisa vanila
1 1/2 sudu serbuk koko

Bahan B:
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan cip coklat
1 cawan badam
1 cawan Nestum


Untuk bahan A, yang penting mestilah dimulakan dengan butter dan telur dulu. Setelah kembang ataupun sebati, baru masuk perisa vanila, serbuk koko dan 2 jenis gula td. 


Putar lagi secukup rasa.


Dah siap Bahan A, kita ke Bahan B pula. Mulakan dengan tepung naik sendiri (self-raising flour). Secara realitinya, lepas selesai masukkan 3 1/2 cawan tepung, kite dah tak boleh guna mixer lg sebab dah agak keras/ liat. Selepas tepung sudah sebati dengan Bahan A tadi, barulah masukkan choc chip, badam dan nestum. Letak 1 cawan each because LESS IS MORE. Hehe. Kalau dah byk sgt baik korang ratah je bahan2 ni begitu saja.Hehe.


Sila gunakan senduk atau yg sewaktu dengannya untuk gaul. Jangan guna tangan please. Ini bukan roti canai eh. Sampai sebati okeh! Nanti rupa die jadi gini.


Sudah siap! Oh lupa sebelum adun-mengadun, korang harus panaskan oven dulu. Suhu 170'c. Suhu standard untuk biscuits. Susun ala-ala begini. Biskut ni takkan kembang mana so nak susun rapat2 pon boleh.


Tunggu sehingga kekuningan seperti gambar dibawah. Kalau korang tanya bape minit, hmm PM pun tak sure sebab tgk pada korang bentukkan tu nipis atau tebal. So kene judge dari warna.

.
.
.
.
.
.
.
.

Hasilnya! Tadaaa! Sedap lagi rangup! 
Oh perasannya! =D


Selamat mencuba ya!

Saturday, 14 April 2012

Majlis Tayangan Filem : Berani Punya Budak

Pada Khamis lepas (12 April 2012) PM telah menyemakkan diri ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media filem Berani Punya Budak dekat e@Curve. Kredit kepada Bro Framestone atas 2 tiket tersebut. Sebagai manusia paling punctual di dunia PM dan Azizi Kakiwayang.com sampai sharp pukul 7pm! Apekejadahnye tayangan pukul 9.30 okeh! Siap tiket takleh nak amek lg sebab tak ready. Ok pasrah jela. Lantas menapak ke IKEA makan meatball lagi berbaloi2. Nom nom nom..
Dah habis makan berangan la seketika kat kabinet dapur IKEA tu kan pastu baru la menapak semula ke Cathay Cineplex. Katanya tayangan ni dihadiri lebih kurang 100 Bloggers. Tapi tak semua la PM recognize since I don't have the whole day to browse and read blogs. Tahu tak camane nak tahu orang tu blogger ke ape? Hahaha. Selalunya mesti gantung DSLR kat leher, pastu amek gambar food, amek gambar sume mende, termasuk air teh tarik yang caterer hidangkan tu, pastu kene stylo mylo sikit. Wahhh kerlass gitu. Well mestilah kene amek gambar bebanyak so menarik la sikit  banyak post diorang tu nnt.

Ok berbalik pada filem BPB ni, rasanya sinopsis tak perlu nak copy paste sebab byk je blog lain yg dah buat kan (cakap jela malas nak google). Filem ni best memang lain dari yg lain. Macamane korang enjoy tgk Maharaja Lawak Mega tu, camtu la tahap lawak dia. Korang akan gelak terbahak2 on certain scenes. bila dah last2 tu pulak banyak scene tumbuk-menumbuk dan sepak-menyepak. Masa scene ni mengantuk yg tak boleh blah mmg terlelap 10 minit gak kot. Tapi bukan salah filem ni, tp salah diri sendiri yg tak suke scene begitu. Bintang-bintang angkasa bagi 3.5/5. Review penuh nantikan di Kakiwayang.com. Kami akan up review pada hari tayangan atau sehari sebelum..Cek cek cekidaut!


p/s: tak sabar nak tunggu Papadom 2 yaww!

Wednesday, 8 February 2012

Sepetang @ Royale Chulan KL

Assalamualaikum.

Kesian blog tiri terbiar selama 2 minggu. Sobs. Baru sempat nak menghapdate pasal Annual Dinner. Last minute dapat pegi atas sebab-sebab tertentu *gelak iblis*. Hood tak sempat jahit ngn betul, dress pun tade so men rembat white shirt + blue long skirt. Off you go! Dan yg terbaik camera tak charge! Antara sebab lambat wat entry. Ni sume kutip kat camera member. Thanks Nora! hihhihi..

Menu of the day

Tak semua gambar food ade. Mungkin Nora terlampau teruja dengan J1 barunya! wahh!
Kesedapan food 2/5. Appetizer adelah Smoked Salmon. Oh. Tak dapat telan.



 

Best Dress
*pic curik dari email pejabat*
oh lupa nak btau tema FAIRYTALE

Best Staff Performance
*The Zass*
Dansing-dansing mereka buatkan AC nak balik rumah awal. Lol.


 

Emcee of the event
*AC Mizal*

Star Performance
*Ning Baizura singing Beribu Sesalan with the screen..haha*


Dan akhirnya, gambar kami! =D


Sempat lg gosip. Gaya tangan bukti kepochi.



Dari kiri; Mak tiri Cinderella, Dark Witch, Little Red Riding Hood


Chiaw!

Sunday, 8 January 2012

MasterChef Malaysia Season 1

Juara Masterchef Malaysia yg pertama adalah 

EZANI!!



woohoo agak sengit juga beliau berentap dengan Wahidan dan kemenangan adalah dengan beza 7% sahaja. Apa2 pun respect dengan semua peserta kerana sangat berbakat dan pandai memasak. Jangan jd macam saya yg boleh masak mende2 basic sahaja. Haha. Tahun ni azam adalah untuk meningkatkan skill memasak. Ecewah! Rasenye last time memasak yg bebetul dari penyediaan bahan2 ke menghidang adalah pada bulan August2011. Hahaha. *mengucap*

Sebagai penutup entri ni dipersembahkan gambar peserta feveret. Saya kagum kerana anda 19tahun tetapi sgt hebat dan cool. Cayalah Zamir!!
*_^




p/s: Ezani ade setup blog die. Jom cekidaut sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...