Home

Friday, 20 July 2012

#bajuidaman

Baju dah amek kat tailor. Tersangat suka! Dah boleh start wat patch lace! Wee~

Sunday, 15 July 2012

Nilai 3: Jalan-jalan carik gubahan hantaran

Semalam berjalan2 dekat Nilai 3..Sebenarnya tak plan pun tp sebab nak tukar saiz baju Melayu adik PM yg dah beli last week ..Smbil menyelam minum air kate orang, so pergi la survey barang2 gubahan hantaran kat sana. Tapi ramai cakap barang2 kat sana sebenarnya lagi mahal drpd kat KL. Tapi PM last month dah survey2 harga kat Semua House dan Jalan TAR . So dapat la compare sikit2.


Di Nilai 3 memang byk pilihan tapi takde yg mcm PM cari. Mostly ready made dengan renda2 sume. Tapi tak snap gambar sebab staf mereka akan sentiasa ikut. Dan terang2 tulis sebesar alam dilarang mengambil gambar. Sila jgn carik pasal. Hehe. Ready-made mostly untuk 7dulang. Maknanya kena beli 1set = 7dulang. Paling murah RM700/set. Nak cantik lagi ada yg lagi mahal. Paling mahal dijumpai RM1700/ set. Mangaiii..


PM nak carik kaki untuk dulang hantaran je sebenarnya. Lebih kurang mcm yg ada dekat page Arma Couture ni;
Beli kaki ni then atas die nak tempah frame cermin la angan-angannya.



**yg kanan tau, kiri tu obviously la IKEA. hehe


ataupun yg ala-ala mangkuk mcm ni;


Tapi memang nan hado. Kat KL pon memang tade. So kite wat simple2 jela ala2 kusyen. Murah pun murah. Itu yang penting. Weee~
So ape je yg PM dah terbeli kat Nilai 3? Terbeli ye, ter...

RM5.90 x 6pcs
*kat KL, Semua House cuma RM4.90.

RM29.90 x 2pcs
*ini kat KL mahal lagi mcm RM50+

RM  70 x 2 pcs
**carpet panjang untuk susun hantaran diatasnya uollss


Sempat jugak merasa sup berdengung yang femes kat Nilai 3, lain entry keh!

My Obsession: Fabric Rose

Assalamualaikum..
*sambil lap2 sawang kat belog ni dengan bulu ayam* 
Yeah..haruslah bersawang2 laman sesawang ni dek dah lama tak update. Hehe. Anyway korang suke tak bunga ros mcm yg Intan pakai time wedding die? 


**picture credit to Intan Norazam's blog

Yeah suka gila! PM puas carik kat Youtube memang tak jumpa tutorial! grrrr.. Tapi struggle ni, nak jugak buat. Or kalau tak dapat buat pon, marilah beli. Tapi kat kedai tak jumpe kot. Ada jual online tp tak suka la sebab tatau the exact colour, dan sebagainya ?? So nak tau tak ape onar yg PM dah buat? hahaha..jeng3.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Actually tgah jalan2 dekat South City Plaza untuk bayar deposit booth RopolRopol.com. Dekat bawah tu ada Hot Market. Korang tau tak Hot Market? Ala, kedai yang selalu jual mende2 yg tak penting pun, tp rasa nak beli. Hahaha. Banyak la aksesori bagai. Ternampak plak bunga ros tuh jual! Dalam terkejar2 pejabat urusetia nak tutup tu sempat lagi tgk harga. RM1.90???? Ya Allah, murah nyeeee! terus eksited gile tapi terpaksa naik atas dulu setel mende yg lebih penting. *insert manusia kelam-kabut disini*

"Wani, turun nnt nak beli ni tau!!"

Dah setel sume gigih tinggalkan Wani sebab nak kejar mendalah ni. Dan kompiden ni dah amek tiga ketul! Disini, ketamakan pula yang terserlah. Tergerak nak check balik harga.Arkkkkk.... RM7.90??. Pffftttttt..pehal aku nampak tadi singgit sembilan. Adui agak stress..Dia jual mahal sikit lagipon material die suede dan mcm ada glitter2 la bagai. bukan satin yang mcm biasa tu. Haha..Pikir punya pikir PM hangkut jela sebab kang ade pulak yg kempunan tak tidur malam..hihihi..Beli 2 ketul kerana satu nak bukak! 

Ni sume salah UMNO youtube!..haha tetibe.. sape suh tade tutorial?? So PM bukak gam die sume untuk dapatkan cara nak buat. Sebab yg penting adalah step yg pertama die..My first try..
>
>
>
Tengah die tu apesal macam dah boleh masuk pensel je aku tgk. Tape sila jangan putus asa. buat lagi sampai cantik..Wat bunga ni kalau dah dapat rentak die nnt laju la buatnye. So selama 1 malam dalam 9pm - 11pm PM dapat siapkan 7 je. Dan tak sama sgt la bentuk die. Hahaha. Tapi berpuas hati sgt sebab hajat terlaksana! Walaupun senanye tatau pun motif wat mende ni tuk ape.. Tape itu kite pikirkan kemudian. Yang penting kite enjoy!

Anyway bahan2 yang digunakan, satin ribbon 1.5'', glue gun. Kalau ada masa PM wat tutorial yea!

**Nampak tu yg 1st punya dipinggirkan *kejam*


Wassalam..

Sunday, 24 June 2012

Al-kisah Ptptn....



Assalamualaikum.
Rasanya rata-rata pelajar IPTA memang mengambil pinjaman PTPTN. Lagipun bila dapat je surat tawaran dari uni, terus PTPTN pos satu cheque kat rumah kan. Cuma nak cashkan atau tidak sahaja. Nak kate, pinjaman paling senang nak approve la. Haha. So camane PM leh terjebak ngan PTPTN ni? Masa PM nak meminjam dulu, call mak dulu. Perbualan seperti dibawah;
PM: Mak, harini boleh mohon PTPTN kat dewan. Nak amik ke x?
Mak: Tak payah kot.
PM: Tapi semua orang ambik kot?
Mak: Betul ke nak ambik, kang liat nak bayar kang.
PM: Oh yeke. Tgk sini kene byr RM120 selama 10 tahun. Rasanya boleh ni..
Mak: Etah la, si Jamilah (bukan nama sebenar) tu kata beban nak bayar walaupun RM120 je.
PM: Boleh je *dengan muke kompiden*
Mak: Ok ikot ko la..duit tu nanti boleh simpan ke apa kalau tak guna..
Ok lihatlah kedegilan PM disitu. Mak kate tak payah tp nak semak juga. Bila dah kene byr baru terasa kesahihan yang mengatakan RM120 tu nampak kecik tp dengan gaji yang cukup makan tu je, kalau tak payah bayar PTPTN betapa la indahnya. Nak mengaku disini yang PM adalah langsung tak disiplin bayar PTPTN ni. Ikut suka je kejap bayar kejap tak. Bayar pun yang paling minimum. Sampai ayah bising, ko bayar RMXXX je sebulan??? sampai bile nak abes bayar? Kwang3....
So satu semester dapat RM3250 (kalau tak silap, hamek kau dah lupa). Semester 1 & 2 masih lagi mendengar kata emak dimana duit terus masuk ASB. Bila masuk semester ke-3 dan seterusnya dah macam-macam haru aku nak beli itu ini, so tah kemana tah duit tersebut. Habis begitu sahaja. 
Tapi paling sadis sekali adalah....masa tu baru balik dari konvo. Time tu ingat lagi otw balik dari UiTM. Dengar la radio. PM (as in Perdana Menteri, bukan Popcorn Madu) tgah announce Bajet 2010. Mari kite copy-paste teks tersebut.
"Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atas setaraf dengannya bermula tahun 2010"
Kecewa gila okehhhhhhh!!!!!!! konvo 2009 so KENA BAYAR..
Jadi ramai yang merungut tentang 1% interest. And I'm one of them. Tapi kalau nak ikutkan, dekat atas agreement yang kita sign dengan lajunya tu memang dah termaktub. Dah sign maknanya bersetuju la kan? Lu pikir la sendiri....Marilah bayar PTPTN. Untuk anak2 korang nanti, saving la daripada kecik supaya takpayah pinjam dah..Sekian...
Nak gedik upload gambar semasa convo barang beberapa keping. Haha.



ada gambar cam-whoring juga! hahah!

Wassalammm....

Sunday, 17 June 2012

Memilih warna tema untuk majlis.

Assalamualaikum. 
Mengapa tema warna sangat dititik-beratkan dalam sesebuah majlis? Mungkin tak perlu sgt contoh kalau tema pink semua benda pun nak pink tp at least biar tone die match. Takde la majlis korang tu nampak carca marba je nanti dan colourful semacam. Dalam kehidupan seharian pun kita byk bermain atau "berkonflik" dengan warna. Mana taknye kalau nak pilih baju gi keje pun pening2 kepala kan. Nak match ngn tudung la segala mala. Lagikan pula kalau majlis pertunangan/pernikahan/resepsi yg orang kata sekali je seumur hidup, InsyaAllah.=p 
Selalunya tema sesebuah majlis pertunangan/perkahwinan akan dipengaruhi oleh warna busana terlebih dahulu. Benda-benda 'sub' yg lain will just follow the tone. Jadi member PM yg memang expert bab-bab ni telahpun me-recommend untuk surf website The Perfect Pallete untuk reference. Dah name site ni pon "perfect" so memang la perfect sengsangat untuk B2B yg still blur2 nak pilih warna ape kan. 

Dulu PM penah keje kat retail store. So one of the trainings adalah Colour Coordination. So ada cool dan warm colours. Tapi dalam kelas ni memang tak concentrate pun. Bile die bg mannequine main pakaikan jela baju pape pun asal nampak cantik. Actually ada do's and don't die tp kalau korang rasa korang ada common sense, mesti takkan fail punya lah. Haha. The Perfect Pallete ni best sebab colour tone yg sesuai dah matched-up pastuh ade la plak gambar2 yg best. Bagi 5 star! So untuk e-day since baju pun dah wat warna Light Coral gitu. These are my options:



Love 'em all!


**credit to ThePerfectPalette
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...