Home

Saturday, 16 June 2012

Birthday Sukur Ibrahim ke 18 tahun!

Assalamualaikum semua. Ni semua sebab si Sukur ni la PM 'terpanggil' nak wat post. Oh perlu ke ade adegan panggil memanggil disini?? (pang!!) ok fine sukur ko nak ckp blog aku bersaranghae....eh kan bajet Fatin Liyana, mane leh selalu sgt update blog..(ok ni bebetul mintak lempang..puiii) haha..sebenarnya blog ni ada byk je DRAFT yg tak post2 sehingga ke sudah. haha. Memang mende2 blogging ni kene ade satu perasaan keterpaksaan. Wahaha. Contohnya mcm post2 PM kat kakiwayang.com Tapi bukan la nak kata review tu TERPAKSA buat tp dah mcm jadi satu tanggugjawab la bile sampai turn. Tapi pernah jugak banyak beberapa kali terlepas sebab sengaja eh sebab ada hal.

Kembali kepada budak Sukur yg kutuk blog ni bersarang, so betul ke ada kezutan kat birthday die ritu? Tatau la nak define kejutan ke tak sebab PM bayangkan kejutan tu samada kitorang sume terjah rumah die beramai2 bersama seketul kek dan jerit SURPLISEEE!!! (gaya Eric Leong) dan die tinggal tiup lilin. Ataupon lg satu senario adelah die balik rumah dan ada segerombolan manusia didalam rumah beliau yg menyorok lalu bila pintu dibuka menjerit SLURPRISSSSEEEEEE!!! ok kedua2 ni tak berlaku. Terima Kasih. Cuma Sukur memang tatau yg kitorang nak datang. Or senanye die buat2 tatau je??

PM and Azizi sampai2 bawah office si Sukur tu macam. EH?? kite patut wat ape ni. Tunggu sume orang dtg ke ape? Dan kenape kite tak bawak apa2 dan hanya berlenggang kangkung membawa perut. Kitorang memang baru balik kerja rush dr Dang Wangi ke Taman Equine so tak sempat langsung prepare pape. Since ada byk masa lg kitorang pun melencong jup ke pasar malam beli kepok lekor ngn murtabak.

Waktu berbuka/ Maghrib pun dah nak dekat so nak tanak kitorang terjah jela naik umah si Sukur. Nasib baik terjumpe Nad iaitu kawan kitorang yg buat pavlova untuk haritu. Actually baru 1st time jumpe Nad haritu lantas berkenalan. 


**TEKAN LOCENG**

Sukur pon bukak pintu dan wat muka pelik. Tapi kitorang mengabaikan muke pelik tu dan terus masuk. #weird Tak lame pastu datang la tukang masak bersama menu hari tu. Terbaik betul ada banyak nasi ayam. Memang favourite gue. Apatah lagi di masak bakal peserta Master Chef Musim ke-2 iaitu Waniaw bersama sous-chef nya iaitu Renni! Hihi dah lama gile tak jumpe Renni iaitu dulu die ni housemate PM selama 2 tahun. Tapi senanye makanan sampai selepas waktu bebuka so birthday boy buka puasa ngn air mineral ye.Haha. Tak bawak camera haritu, dan memang selalunya tak bawak camera pun. So gambar sume curik dari mansia2 lain. =D

Pavlova sedap dari Sugar and Heels

Azizi: Pavlova ni cair tak kalau kite makan lambat?
Nad: Ok je kot.
Azizi: Sebab kalau cair kite makan la pavlova dulu. 
PM: Ala cakap jela nak makan pavlova dulu sebab teruja
Azizi: Thehehe ....

Tak banyak gambar sgt pon sebab agenda utama adalah MAKAN!

Majlis kesyukuran yg sebenar sempena birthday Sukur kite kene tunggu Sukur la yg wat entri. Haha. Happy birthday Sukur, semoga panjang umur jadi dapatlah kite celebrate lagi InsyaAllah....


****JEJAK KASIH: The one and only surprise masa birthday PM adalah time kat Matrik Perak tahun 2005. Roomies yg buat. Manelah korang skang eh Yati and Syiqah. Sedih lost contact. Carik kat FB pun tade. Sobss.

Saturday, 2 June 2012

2011 vs 2012

Betapa tahun 2012 ni banyak perubahan yang berlaku. Selain daripada terpaksa pindah rumah, akhirnya plan PM dan Wani untuk bukak roporopol.com akhirnya jadi kenyataan. Banyak dugaannye terutama kewangan dan masa. Thanks Wani sebab banyak memahami dan melayan kerenah aku ni. =D anyway blogshop belum fully designed lg so kitorang bergerak melalui FB je. Sudi-sudilah like.

Best ke pindah Ampang ni? Mestilah best sebab dekat gile ngn office. 15 minit je. Tak payah nak bangun awal sangat mcm dulu dan tade la berebut2 nak masuk tidal flow dekat tol Batu 9 Cheras tu. #nightmare. Tapi sewa nya rasakan la double. Sentap poket mak. Tapi redha la kan. Harga masa untuk tidur tu lebih mahal. Puikk. Tapi sekarang ni pergi keje sesorang la kan. Carpool buddy pun dah berhenti keje sebab nak rasa nikmat pengangguran katanya. Boleh? PM dah penah menganggur dah so cukup2 la tu. Siapa nak byr loan kereta, PTPTN dan segala jenis loan sara sendiri cari? =p

Tapi rumah ni mcm sunyi. Even ada 5 orang penghuni lain, tp sorang pun PM tatau nama kecuali makcik tuan rumah. Tak sempat nak beramah mesra sgt pun so cuma sengih2 jela bile terserempak ke ape. So orang KL ni bukan je tak kenal jiran,tapi teman serumah pun tak kenal. Teruk tak bunyinya? #foreveralone So bile kite carik iklan rumah sewa kan ada tag "MYOB"/ Mind Your Own Business kan? So this is what its like yaw! Ko wat hal ko, aku pun wat hal aku. Aku tak kacau ko, ko pun jangan kacau aku. 

Kawan baik masa kat uitm juga dah dapat baby. Cumil, Muhammad Zakhwan bin Muhammad. Read her blog here. Hopefully Eqa boleh selalu update blog mcm dulu. Haha. Gambar curik kat fb die. Ok sume rakan-rakan sebaya pun nak upload gambar kawin + baby. I'm still in my comfort zone. Haha. Wassalam.


Sunday, 13 May 2012

Cincin patut pakai di jari mana?


High FIVE!! opppssss ter-Barney Stinson jap. Ok jadi apa motip letak gambar tangan diatas ni? Dah macam nak mengajar cara-cara untuk melempang diri sendiri semasa mengantuk je. Senanya nak membincangkan topik kat mana cincin patut dipakai. Ok sekarang sila buat muka serius.

Rasulullah SAW menegah umatnya memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk? Sebabnya adalah kerana pemakaian sebegitu menyerupai cara kaum Nabi Lut berhias. Rasanya jari telunjuk mmg jarang nampak orang pakai, tp jari tengah mcm ramai orang buat kan? Jadi semasa Saidina Ali mengahwini anak baginda iaitu Saidatina Fatimah, baginda telah berpesan jika memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking sahaja. Jadi marilah kita mengikut sunnah Rasullah SAW. InsyaAllah mendapat ganjaran pahala. =)

Ok kalau ikut adat Melayu pula, jika majlis merisik & bertunang berlangsung pada hari yang sama so akan ada 2 ketul cincin. So nak pakai camanekah? hmm..

Monday, 23 April 2012

Krisis hidup


At the point that I am now 24 years young old, I still hate to move! Dulu masa kat uni pon agak benci sebab setiap sem nak kene tukar bilik/blok so nak kene kemas semua bagai. Selalu bengang cam "woi nape tak bagi je aku duduk bilik yang sama selama2nya". Masa sekolah pon nak kene kemas barang setiap kali cuti hujung tahun. Tapi time tu barang tak banyak sgt. Sekarang ni barang banyak! 
Dah 2 tahun duduk kat rumah @ Bandar Mahkota Cheras ni so byk la khazanah yg perlu diangkut. Sila takpayah berangan nak angkut pakai kereta je. Tetiba rasa menyesal sebab g beli peti ais, drawer dan sebagainya. Bajet nak pindah dari sini bile dah kene kawen. Tapi nan hado tak kawen2 lagi! ngaaa~ 

* the deposit for the new house's killing me!

Sunday, 15 April 2012

Tailor oh tailor!

Ok memang majlisnya lambat lg tapi tanak last minute nnt sendiri yang gigit jari padan muka. Apa2 pun yang paling penting adalah BAJU!! Sebab mangada nak jugak baju yang complicated, rasakan la carik tailor yang boleh buat design gitu. Nak buat ngn designer?? Okeh sile tgk dulu akaun bank baru boleh berangan ye. Basically nak buat baju ala2 gini ye tuan-tuan dan puan-puan.

So sebenarnya adalah baju kurung moden cuma ada flowy2 sikit disitu. Dah contact Hariz & team Wedding Services tp mereka dah full sampai March 2013 ok! 2013 ok! pasrah2..Setelah google2 dan tanya2 manusia lain, mereka pun suggest la hantar kat either memane tailor kat PKNS Shah Alam atau Medan Mara. Nampaknya ramai yang ada pengalaman buruk dengan tailor kat Medan Mara. PKNS Shah Alam so far tade orang kutuk di internet tp kan ada terlampau banyak tailor kat situ so tatau nak hantar kat yg mane satu kan. Dan Shah Alam agak jauh. Hee. Google punya google terjumpe lah BAK tailor. Rasanya specialty die baju Melayu tp ada jugak buat tempahan baju perempuan. Lagipun diorang ni kat Jalan TAR je. Lepas keje leh terjah terus kan. Dengan perasaan kurang penyabar, esoknya terus g carik dan senang pun nak jumpa. Dari Jakel Jalan Bonus tu straight je TARAAAA! Sebab tak bawak gambar diatas, gigih la melukis2 kat depan staff die tu. Seb bek paham ape PM nak. Harga pun dah quote dan harga tu reasonable. Hopefully menjadi la baju tu nanti! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...