Home

Saturday, 2 June 2012

2011 vs 2012

Betapa tahun 2012 ni banyak perubahan yang berlaku. Selain daripada terpaksa pindah rumah, akhirnya plan PM dan Wani untuk bukak roporopol.com akhirnya jadi kenyataan. Banyak dugaannye terutama kewangan dan masa. Thanks Wani sebab banyak memahami dan melayan kerenah aku ni. =D anyway blogshop belum fully designed lg so kitorang bergerak melalui FB je. Sudi-sudilah like.

Best ke pindah Ampang ni? Mestilah best sebab dekat gile ngn office. 15 minit je. Tak payah nak bangun awal sangat mcm dulu dan tade la berebut2 nak masuk tidal flow dekat tol Batu 9 Cheras tu. #nightmare. Tapi sewa nya rasakan la double. Sentap poket mak. Tapi redha la kan. Harga masa untuk tidur tu lebih mahal. Puikk. Tapi sekarang ni pergi keje sesorang la kan. Carpool buddy pun dah berhenti keje sebab nak rasa nikmat pengangguran katanya. Boleh? PM dah penah menganggur dah so cukup2 la tu. Siapa nak byr loan kereta, PTPTN dan segala jenis loan sara sendiri cari? =p

Tapi rumah ni mcm sunyi. Even ada 5 orang penghuni lain, tp sorang pun PM tatau nama kecuali makcik tuan rumah. Tak sempat nak beramah mesra sgt pun so cuma sengih2 jela bile terserempak ke ape. So orang KL ni bukan je tak kenal jiran,tapi teman serumah pun tak kenal. Teruk tak bunyinya? #foreveralone So bile kite carik iklan rumah sewa kan ada tag "MYOB"/ Mind Your Own Business kan? So this is what its like yaw! Ko wat hal ko, aku pun wat hal aku. Aku tak kacau ko, ko pun jangan kacau aku. 

Kawan baik masa kat uitm juga dah dapat baby. Cumil, Muhammad Zakhwan bin Muhammad. Read her blog here. Hopefully Eqa boleh selalu update blog mcm dulu. Haha. Gambar curik kat fb die. Ok sume rakan-rakan sebaya pun nak upload gambar kawin + baby. I'm still in my comfort zone. Haha. Wassalam.


Sunday, 13 May 2012

Cincin patut pakai di jari mana?


High FIVE!! opppssss ter-Barney Stinson jap. Ok jadi apa motip letak gambar tangan diatas ni? Dah macam nak mengajar cara-cara untuk melempang diri sendiri semasa mengantuk je. Senanya nak membincangkan topik kat mana cincin patut dipakai. Ok sekarang sila buat muka serius.

Rasulullah SAW menegah umatnya memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk? Sebabnya adalah kerana pemakaian sebegitu menyerupai cara kaum Nabi Lut berhias. Rasanya jari telunjuk mmg jarang nampak orang pakai, tp jari tengah mcm ramai orang buat kan? Jadi semasa Saidina Ali mengahwini anak baginda iaitu Saidatina Fatimah, baginda telah berpesan jika memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking sahaja. Jadi marilah kita mengikut sunnah Rasullah SAW. InsyaAllah mendapat ganjaran pahala. =)

Ok kalau ikut adat Melayu pula, jika majlis merisik & bertunang berlangsung pada hari yang sama so akan ada 2 ketul cincin. So nak pakai camanekah? hmm..

Monday, 23 April 2012

Krisis hidup


At the point that I am now 24 years young old, I still hate to move! Dulu masa kat uni pon agak benci sebab setiap sem nak kene tukar bilik/blok so nak kene kemas semua bagai. Selalu bengang cam "woi nape tak bagi je aku duduk bilik yang sama selama2nya". Masa sekolah pon nak kene kemas barang setiap kali cuti hujung tahun. Tapi time tu barang tak banyak sgt. Sekarang ni barang banyak! 
Dah 2 tahun duduk kat rumah @ Bandar Mahkota Cheras ni so byk la khazanah yg perlu diangkut. Sila takpayah berangan nak angkut pakai kereta je. Tetiba rasa menyesal sebab g beli peti ais, drawer dan sebagainya. Bajet nak pindah dari sini bile dah kene kawen. Tapi nan hado tak kawen2 lagi! ngaaa~ 

* the deposit for the new house's killing me!

Sunday, 15 April 2012

Tailor oh tailor!

Ok memang majlisnya lambat lg tapi tanak last minute nnt sendiri yang gigit jari padan muka. Apa2 pun yang paling penting adalah BAJU!! Sebab mangada nak jugak baju yang complicated, rasakan la carik tailor yang boleh buat design gitu. Nak buat ngn designer?? Okeh sile tgk dulu akaun bank baru boleh berangan ye. Basically nak buat baju ala2 gini ye tuan-tuan dan puan-puan.

So sebenarnya adalah baju kurung moden cuma ada flowy2 sikit disitu. Dah contact Hariz & team Wedding Services tp mereka dah full sampai March 2013 ok! 2013 ok! pasrah2..Setelah google2 dan tanya2 manusia lain, mereka pun suggest la hantar kat either memane tailor kat PKNS Shah Alam atau Medan Mara. Nampaknya ramai yang ada pengalaman buruk dengan tailor kat Medan Mara. PKNS Shah Alam so far tade orang kutuk di internet tp kan ada terlampau banyak tailor kat situ so tatau nak hantar kat yg mane satu kan. Dan Shah Alam agak jauh. Hee. Google punya google terjumpe lah BAK tailor. Rasanya specialty die baju Melayu tp ada jugak buat tempahan baju perempuan. Lagipun diorang ni kat Jalan TAR je. Lepas keje leh terjah terus kan. Dengan perasaan kurang penyabar, esoknya terus g carik dan senang pun nak jumpa. Dari Jakel Jalan Bonus tu straight je TARAAAA! Sebab tak bawak gambar diatas, gigih la melukis2 kat depan staff die tu. Seb bek paham ape PM nak. Harga pun dah quote dan harga tu reasonable. Hopefully menjadi la baju tu nanti! 

Saturday, 14 April 2012

Majlis Tayangan Filem : Berani Punya Budak

Pada Khamis lepas (12 April 2012) PM telah menyemakkan diri ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media filem Berani Punya Budak dekat e@Curve. Kredit kepada Bro Framestone atas 2 tiket tersebut. Sebagai manusia paling punctual di dunia PM dan Azizi Kakiwayang.com sampai sharp pukul 7pm! Apekejadahnye tayangan pukul 9.30 okeh! Siap tiket takleh nak amek lg sebab tak ready. Ok pasrah jela. Lantas menapak ke IKEA makan meatball lagi berbaloi2. Nom nom nom..
Dah habis makan berangan la seketika kat kabinet dapur IKEA tu kan pastu baru la menapak semula ke Cathay Cineplex. Katanya tayangan ni dihadiri lebih kurang 100 Bloggers. Tapi tak semua la PM recognize since I don't have the whole day to browse and read blogs. Tahu tak camane nak tahu orang tu blogger ke ape? Hahaha. Selalunya mesti gantung DSLR kat leher, pastu amek gambar food, amek gambar sume mende, termasuk air teh tarik yang caterer hidangkan tu, pastu kene stylo mylo sikit. Wahhh kerlass gitu. Well mestilah kene amek gambar bebanyak so menarik la sikit  banyak post diorang tu nnt.

Ok berbalik pada filem BPB ni, rasanya sinopsis tak perlu nak copy paste sebab byk je blog lain yg dah buat kan (cakap jela malas nak google). Filem ni best memang lain dari yg lain. Macamane korang enjoy tgk Maharaja Lawak Mega tu, camtu la tahap lawak dia. Korang akan gelak terbahak2 on certain scenes. bila dah last2 tu pulak banyak scene tumbuk-menumbuk dan sepak-menyepak. Masa scene ni mengantuk yg tak boleh blah mmg terlelap 10 minit gak kot. Tapi bukan salah filem ni, tp salah diri sendiri yg tak suke scene begitu. Bintang-bintang angkasa bagi 3.5/5. Review penuh nantikan di Kakiwayang.com. Kami akan up review pada hari tayangan atau sehari sebelum..Cek cek cekidaut!


p/s: tak sabar nak tunggu Papadom 2 yaww!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...