Home

Wednesday, 23 April 2014

Baju sanding L+ P untuk disewa

Assalamualaikum semua B2B. PM nak sewakan baju sanding haritu. Gambar seperti di bawah. P (dress with matching veil) , L baju melayu material duchess satin, with matching sampin, tanjak n tengkolok. Set tak termasuk aksesori- keris, rantai lelaki n crown. Area Ampang, no major alteration allowed. Harga boleh runding. Kalau berminat boleh email shoe.heart.ah@gmail.com. Nak sewa sepasang boleh, nak L atau P shj pon boleh.
Extra flowyyy


Saiz P ;
Bahu 14"
Bust 33"
Waist 28"
Sleeves 22"
Dress length 52"



Saiz Lelaki ;
Bahu 15" 
Sleeves 23"
Pinggang seluar 31"

Monday, 25 March 2013

Saturday, 16 February 2013

Wedding Prep: Top 3 list

Assalamualaikum..

Hihi memang sebulan tu sekali je eh mampu update blog? apelaaa..maaf la hidup tak berapa nak menarik untuk diceritakan. Jalan cerita yg sama setiap hari. Pegi keje pukul 10pagi, balik keje kol 10 mlm. Kerja kilang ke aku ni? ngahaha..#pasrah. Wedding preparation hmmm blur sikit ape yg nak kene buat. Patu tarikh pun lambat lagi so buat sumenye pun ala2 makan angin jela. Tapi nnt bile dah nak dekat mesti menggelabah biawak. Hihi. Apa2 pun yg Pm paling pentingkan adalah BAJU, MAKEUP, FOOD. Makeup pun adalah kerisauan kedua terbesar. Haha. Sebab dah invest kat photographer, videographer sekali muke buruk, oh nightmare.

BAJU NIKAH
Dah hantar kat Aqar Couture, Puchong. Hantar dlm bulan Januari ritu uollss. Tapi hanya akan siap pada June 2013 uolss. Sebab diorg actually dah full till May 2013! Omagad! Tapi PM masih bercita2 nak wat beading sendiri oh sila doakan sempat. Amin. Hamba ini amatur saja.




BAJU SANDING
Ok groom's side je yg ala2 dah walk in butik pengantin. Most probably amek warna champagne. Ini kalau tak tukar fikiran la. Design? Haha. tu pun satu lg kepeningan. Bride's side maybe amek Emerald green. Pastu baju sanding tatau la nak beli or sewa. aiyoooo




MAKE UP
Pening sikit. No comment. Mahalnya make up charge. RM400- RM750 per session. Wow. Masih lagi gigih mencari yg logik dengan bajetku. Y_Y

FOOD
Let mum decide. She knows best! =)


Thursday, 10 January 2013

Incentive Trip: Phuket Thailand

Assalamualaikum..

Tersengih2 depan PC masa dpt email dpt gi fully-sponsored trip to Phuket. Rasa mcm menang contest pulak. Walaupun short notice iaitu dpt tau 6 hari before pagi, still happy! Tapi paling happy sebab tak payah gi keje 3 hari..thehehe..tp bile tgk list name yg dpt pegi, hmm ramainya manusia yg PM tak kenal..tapi belasah jela nasib ada Kak Nurha yg satu team.

So flight adalah pukul 6.55am n kami berkumpul kat depan office kul 4.30 am oh my. Mata sume dah panda teramat. Perjalanan dlm lebih kurang 1 jam kot (tak ingat sebab saya ngntuk lalu tdo krohh krohh). Agak keciwa tak dapat makan Nasi Lemak Pak Nasser. Kene tggu bulan 3 nnt la pulok.

Gambar kat Phuket Airport takde, sebab tiada apa yg menarik. Secara jujurnya, airportnye agak buruk #kejam.
Our 2 nights stay is at Baan Lai Mai Beach Resort, Patong. Awesomeness. 










Malam kitorang kene carik food sendiri, mereka bg duit 500 Baht tuk lunch n dinner. Convert RM50. Susah jugakk nak carik food halal. Patong beach ni siang mmg mcm pekan mati. Hidup hanya pada waktu mlm. Sepanjang beach tu ada mcm pasar mlm yg jual food, baju, beg sume. Jumpe satu je food halal iaitu Kebab = 100 Baht. Mahal kan. haha standard la byk tourist sini. Y_Y


Pork bakar sgt banyak dijual..haha..kene extra careful.

Sotong gemuk itu 50 Baht = RM 5. Sedap!


Bangla Road. 
Komuniti bangla mmg sgt besar, mcm tempat kite jual2 tu byk Indonesian tp sini bangla conquer uolls. Siap ada nama jalan kau jahh..




and ada Bangla Mall! hihi



Aktiviti yang paling di tunggu-tunggu, snorkeling! Kitorg gi Khai Island and dah book private spot.jyeah!


Bob Marley Cafe


Gambar ikan2 underwater via iPhone in DicaPac underwater casing. Tapi  mmg agak susah nak guna touch screen sebab water pressure.


.
.
.
.
.
.
Esok nya sudah balik. Best sebab ada surprise kat airport from Encik tunang, Sukur n Wani! Thanks korang!!
Dah 25tahun aiyoo mcm tak pecayaa..=D



ok la jumpe lagi bye!

Thursday, 6 December 2012

Kenapa saya suka peplum??

Assalamualaikum..

Kenapa saya suka rumah saya?? Hehe..ingat tak iklan ni? Sebab ada mak ada ayah..eh lari topik sebab sy homesick..haiyoo lamanya dah tak balik rumah.. :'(


Berbalik kepada topik, nape pelum ni best dan tetibe dah jd trend pulak kan..
Pada pendapat PM, peplum ni best sebab die FLOWY.. kalau tgk kain yg flowy2 tu pun dah meroyan 5 saat, ape lg kalau leh wat kat baju..berganda2 lah meroyan! hehe..Lepas tu peplum senanya design yg agak SOPAN since tak ketat kat bhgn punggung..so those yg tak yakin ngn bentuk sendiri boleh senang hati je pakai peplum sebab akan cover. Berbanding dengan kurung moden biasa, haruslah agak melekat kat bhgn belakang tu kan. 3rd, peplum ni best sebab leh wat PATCH LACE kat hemline/pinggang. patch kat hemline ni cantik (bagi PM la) dan jimat lace! haha..compare ngn wat kat hujung baju haruskah banyak nak guna..lace bukannye murah dik oi nak guna bebanyak. 

**Haih lawanya baju kamuu..

Cuma peplum ni guna sgt byk kain, 7-8 metres pastu chiffon lak tu. Tapi kalau nak melaram tu semua tolak tepi lah kan. Rasanya baju nikah PM nnt pun nak wat Peplum tp style lain sikit. Wee~ excited!

**ni adalah gambar yg PM bawak gi jumpe tailor pada Feb 2012
awal tak hantar baju padahal tunangnya bulan Oktober ritu..hahah..kbai!

Patching on shawl, my second try

Sekali lg nak wat patch atas shawl..hmm sebenarnya wat shawl lg rumit sebab nak kene acu kat kepala dulu supaya dpt kedudukan yg terbaik! So lepas dah susun2 kene la try dulu atas kepala, kalau rasa tak OK, sila lah bukak balik! fuhh...Mari gigihkan diri! Ni wat tuk sesaje je..kalau cantik (aceewahh) mungkin ada org nak beli tak kalau letak kat blog neh? thehehe..kbai!


Thursday, 22 November 2012

Exclusive Applique cantik kebabom


Assalamualaikum..

Rasanya kalau korang terjah page G.i Photoshoot mesti suke nye dengan pengantin ni. Well PM suke gile kot tudung tu dan mmg meroyan nak tudung mcm die jugak..hahaha..LAWA SANGAT! Gembira tak korang kalau PM btau katne boleh beli?? haha..jeng3!

credit: G.i Photoshoot dan pengantin
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mari terjah RopolRopol.com FB page. terjual seperti pisang panas di MAHA 2012 (excited nak gi MAHA esok katanyaaa) !! =p
Kami boleh buat custom made, material shawl, bentuk dan saiz dan semestinya warnanya juga!


Saturday, 17 November 2012

Saya menyusun 10 jari...

*post ini ditulis dalam perasaan bersalah berbillion2 dlm diri ini* 
isk isk

Seperti yang dpt dilihat kat sidebar ni PM ada tepek email address "contact me" kekonon..

popcornmadublog@gmail.com

Tapi hakikatnya PM tak penah cek email kat sini pun. Sebab tak pernah terfikir akan ada orang email pun. Maafkan saya. Alasan mcm membencikan tp mmg itu yg sebenarnya! Lagipun login belog ni senanye guna email lain. So readers yang leave comment kat post , selalunya mmg PM tak miss sebab dpt notification. Tapi readers budiman yg straight email kat email diatas memang telahpun PM abaikan tanpa sedar! Sorry sgt kawan2! Menggelabah gila reply satu2 tadi! kesiannya ada yg mmg mengharapkan PM email cepat especially pasal baju tunang tu tp PM lambat reply..semoga korang maafkan PM dan jgn merajuk nak singgah belog ni lagiiiii!!!! uwaaaa!!!! Saya berjanji akan menge-check email setiap hari lepas ni.





*love*

Ni muka ckp sori ke muke mintak maki?? puik

Tuesday, 13 November 2012

Kurung moden peplum untuk disewa =)

Assalamualaikum..

Sobs sedih baju ni dpt pakai sekali je..Ini baju pertama yang PM buat sendiri patching die..salu wat kat tudung je. So PM decided nak sewakan kepada sesiapa yang berminat. Tak kira la untuk korang punye engagement ke, nikah ke, dinner ke, bridesmaid ke. =) Harga dijamin berpatutan. Untuk sizing boleh inbox FB page RopolRopol.com, atau kalau nak komen bawah ni je pun leh, but kindly leave ur email keh..Basically i'm 150 cm tall short. Thehe. Tapi kain die agak PM kene lipat 2x so rasanya kalau korang tinggi sikit tade masalah. kalau nak fitting dulu ke ape leh jumpe area Ampang. =) Fits XXS - M.


Peplum dress, dengan heavy patch lace kat hemline dan lengan. When i say heavy, yes it's REALLY heavy, berat nak angkat! haha


So in love with the dangling pearl <3


close-up!

Memanik mewah sehingga terasa ingin berpindah ke Taman Mewah, Kajang! 
*lempang*



me with beloved cousins!

***motip pic ni nak tunjuk tepi baju..thehehee!

Wednesday, 7 November 2012

Finally..


28.10.2012

Alhamdulillah..
The day went well..
I'm engaged!
I'm not excited because I'm engaged but more to because finally I've got the wear the dress ! the one I've been working on for 2 months yaw! totally love it! *naik lif tekanlah sendiri* hikhik




Sunday, 23 September 2012

Baju E-day : 90% loading......

Assalamualaikum....
Wah lama bebeno rasanya tak update blog! haha..anyway terjah je blog nak hapdate sekejup baju PM! tapi belum siap sepenuhnya. Nnt free2 sikit baru nak review penuh. Teruja ni first time buat patching kat hemline..n baru explore cara baru nak buat beads yg danggling2 gitu..hehe..kbai!


Friday, 10 August 2012

Dapur PM: Resipi biskut Famous Amos terbongkar?

Assalamualaikum..

Sempena raya pada minggu depan, PM nak kongsi resipi Chocolate Chip cookies yg PM tak pernah miss buat setiap tahun dari tahun 2006. Lebih sedap dr Famous Amos, acewahhh! Famous Amos sedap tapi manissss. Ok yang penting, nak buatnye tak susah. Bahan2 seperti dibawah. Confirm jadi punya. PM tak tipu resipi ni seperti sesetengah buku resipi yg menyakitkan hati. Ooopppsss..!

Bahan A:
250g butter
1 biji telur (kuning+putih)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 camca teh perisa vanila
1 1/2 sudu serbuk koko

Bahan B:
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan cip coklat
1 cawan badam
1 cawan Nestum


Untuk bahan A, yang penting mestilah dimulakan dengan butter dan telur dulu. Setelah kembang ataupun sebati, baru masuk perisa vanila, serbuk koko dan 2 jenis gula td. 


Putar lagi secukup rasa.


Dah siap Bahan A, kita ke Bahan B pula. Mulakan dengan tepung naik sendiri (self-raising flour). Secara realitinya, lepas selesai masukkan 3 1/2 cawan tepung, kite dah tak boleh guna mixer lg sebab dah agak keras/ liat. Selepas tepung sudah sebati dengan Bahan A tadi, barulah masukkan choc chip, badam dan nestum. Letak 1 cawan each because LESS IS MORE. Hehe. Kalau dah byk sgt baik korang ratah je bahan2 ni begitu saja.Hehe.


Sila gunakan senduk atau yg sewaktu dengannya untuk gaul. Jangan guna tangan please. Ini bukan roti canai eh. Sampai sebati okeh! Nanti rupa die jadi gini.


Sudah siap! Oh lupa sebelum adun-mengadun, korang harus panaskan oven dulu. Suhu 170'c. Suhu standard untuk biscuits. Susun ala-ala begini. Biskut ni takkan kembang mana so nak susun rapat2 pon boleh.


Tunggu sehingga kekuningan seperti gambar dibawah. Kalau korang tanya bape minit, hmm PM pun tak sure sebab tgk pada korang bentukkan tu nipis atau tebal. So kene judge dari warna.

.
.
.
.
.
.
.
.

Hasilnya! Tadaaa! Sedap lagi rangup! 
Oh perasannya! =D


Selamat mencuba ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...